Rabu, 27 Mac 2019

Kos keseluruhan projek MRT2, LRT3 dikurangkan RM23.84 bilion

Bernama
xMGF22022019_MAJLIS-MENANDATANGANI-PERJANJIAN-NOVASI-LRT-316-681x454
Lim Guan Eng

KUALA LUMPUR – Projek Transit Aliran Ringan 3 (LRT3) dan Transit Aliran Massa (MRT) 2 diteruskan dengan pengurangan kos keseluruhan sebanyak RM23.84 bilion, Dewan Rakyat diberitahu hari ini.

Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata projek LRT3 diteruskan dengan kos RM16.63 bilion berbanding kos asal RM31.65 bilion, hasil daripada perbincangan, rundingan dan rasionalisasi.

Manakala bagi MRT2, perubahan struktur projek bagi laluan Sungai Buloh-Serdang-Putrajaya dan langkah-langkah rasionalisasi telah berjaya mengurangkan kos sebanyak RM8.82 bilion.- BERNAMA

Tiada ulasan: