Sabtu, 30 Mac 2019

7 produk bahan aktif losartan ditarik balik

Wartawan MalaysiaGazette
xubat
Produk Losortan yang telah ditarik balik oleh Singapura.

KUALA LUMPUR – Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD) telah menggantung pendaftaran bagi 7 produk dengan bahan aktif losartan bermula 7 Mac lalu.

Ia susulan notis panggil semula oleh Pihak Berkuasa Sains Kesihatan Singapura ke atas tiga produk yang mengandungi losartan daripada sumber bahan aktif Hetero Labs Limited, India kerana kehadiran impuriti N-nitroso-N-methyl-4-aminobutyric acid (NMBA).

Impuriti ini berkemungkinan boleh menyebabkan kanser kepada pengguna dalam jangka masa panjang. Tablet losartan adalah merupakan ubat yang digunakan dalam rawatan tekanan darah tinggi.

Screen Shot 2019-03-29 at 17.32.14

Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, tindakan sama juga telah diambil oleh Malaysia ke atas  produk-produk tersebut.

Sehubungan itu, pada masa ini, produk-produk tersebut telah dikeluarkan dalam pasaran tempatan.

Screen Shot 2019-03-29 at 17.23.16
Orang awam dinasihatkan agar menggunakan produk kesihatan yang berdaftar dengan PBKD.

Semakan status pendaftaran sesuatu produk kesihatan boleh dibuat melalui laman sesawang Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) di http://www.npra.gov.my atau melalui aplikasi NPRA Product Status yang boleh dimuat turun di Google Play. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan: