Khamis, 28 Mac 2019

Bank Negara had transaksi tunai bendung pengubahan wang haram


   

Bank Negara sedang merangka dasar menghadkan jumlah transaksi tunai dan dan tidak lama lagi memerlukan maklum balas daripada pengguna.

Gabernor Bank Negara Shamsiah Mohd Yunus berkata dasar itu bertujuan membendung kegiatan pengubahan wang haram dan "mengehadkan penggunaan wang tunai oleh penjenayah."

"Kami sedang mengkaji dan akan merundingkan hal ini secara meluas mengenai potensi memperkenalkan had ekonomi terhadap transaksi tunai di Malaysia.

"Langkah serupa telah diambil di beberapa negara," katanya pada sidang akhbar ketika membentangkan laporan tahunan bank pusat 2018 dan Laporan Kestabilan Kewangan dan Sistem Pembayaran 2018 hari ini.

Pada gambar rajah yang disediakan dalam laporan berkenaan, bank itu menyebut bagaimana Australia, Itali dan Republik Czech mengenakan "had tunggal" terhadap transaksi tunai berjumlah AUS$10,000 (RM30,160), CZK350,000 (RM64,935) dan EUR$3,000 (RM14,280).

Turut dipaparkan laporan itu, negara-negara yang mengenakan "pelbagai had" bergantung kepada pelbagai faktor. Had di Perancis adalah antara EUR$300-EUR$15,000 (RM1,428-RM71,400), di India dari INR20,000-INR200,000 (RM11,182-RM11,820), di Mexico dari MXN$200,000-MXN$500,000 (RM41,929-RM104,822), di Slovakia dari EUR$5,000 hingga EUR$15,000 (RM23,800-RM71,400) dan di Sepanyol dari EUR$2,500-EUR$15,000 (RM11,900-RM71,400).

Had sesuai di Malaysia

Untuk merumuskan model Malaysia, Shamsiah berkata bank itu akan memulakan perundingan awam sama ada pada suku kedua atau ketiga tahun ini.

"Kami ingin mendengar pandangan anda mengenai hal ini, kerana kami akan mengadakan perundingan umum mengenai dua perkara ini.

"Sekiranya hal ini sesuatu yang sesuai untuk diamalkan Malaysia, adakah ia bergerak ke arah yang betul?

"Dan jika wajar, apakah had yang sesuai?" Katanya ketika sesi soal jawab.

Di samping inisiatif ini, bank pusat juga sedang berusaha untuk mempercepatkan peralihan kepada sistem pembayaran elektronik bagi mengurangkan penggunaan wang tunai.

Bermula 1 Januari tahun ini, Bank Negara mengurangkan had pelaporan transaksi tunai (CTR) dari RM50,000 hingga RM25,000 dalam usaha untuk memerangi kegiatan haram.

Tiada ulasan: