Rabu, 27 Mac 2019

KPWKM lancar daftar pesalah seksual

KEADIAN DAILY

 

57eff217-8583-4307-9829-26f055ad97e1


Orang ramai kini boleh menyemak rekod penjenayah seksual melalui Sistem Semakan Pesalah Jenayah Seksual Kanak-Kanak Dalam Daftar Kanak-Kanak (eDKK) bermula 1 April ini.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismai sewaktu mengumumkn sistem itu menegaskan bahawa isu penganiayaan kanak-kanak kini semakin meruncing.

Beliau yang juga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat menggesa masyarakat mengambil langkah proaktif dalam menangani isu keselamatan kanak-kanak ini.

“Kerajaan khususnya KPWKM mengambil pendirian tegas terhadap isu penganiayaan kanak-kanak mutakhir ini. 

“Mengambil langkah proaktif, saya melancarkan sistem semakan pesalah jenayah seksual dalam daftar kanak-kanak. 

“Matlamat daftar ini jelas, demi keselamatan kanak-kanak,” katanya.

Dalam pada itu, Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Hannah Yeoh berkata ibu bapa kini boleh mengetahui rekod dan latar belakang individu mahupun pusat jagaan melalui sistem baharu ini.

Jelasnya, semakan boleh dilakukan di pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) negeri dan daerah dengan memberikan nombor kad pengenalan atau pasport milik individu yang perlu disemak.

Tambahnya, kemudahan ini membantu ibu bapa dalam melindungi keselamatan anak mereka ketika mereka sedang bekerja.

“Fasiliti ini juga bagus untuk membantu ibu bapa dan pihak sekolah untuk memperketatkan perlindungan kanak-kanak apabila mereka hantar ke sekolah atau pengasuh.

“Semakan hanya akan memberikan jawapan sekiranya ada rekod atau tiada rekod sahaja. Butiran mengenai kesalahan yang dilakukan tidak akan diberikan kerana ia adalah maklumat sulit dan persendirian.

“Rekod di JKM negeri boleh medapar keputusan serta-merta manakala semakan di JKM daerah memerlukan lima hari waktu bekerja,” jelasnya.

Kata Hannah, setakat 28 Februari kementerian mempunyai senarai nama lebih dari 3,000 nama dan angka ini akan bertambah.

Sistem pengkalan data tersebut akan dikemaskini setiap bulan dan ini merupakan fasiliti fasa pertama dalam usaha kerajaan menangani jenayah seksual terhadap kanak-kanak di Malaysia.

Statistik terkini menunjukkan terdapat 314 kes dalam Akta Kesalahan-Kesalahan Jenayah Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 dan daripada itu, sebanyak 300 pesalah merupakan pesalah kali pertama.

Tiada ulasan: