Sabtu, 30 Mac 2019

SPR: Edar kupon makanan boleh dianggap rasuah jamuan



   
Tindakan MP Miri Michael Teo mengedarkan kupon makanan kepada kanak-kanak sekolah di Rantau boleh dianggap sebagai rasuah penjamuan di bawah Akta Kesalahan Pilihanraya, maklum SUruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Bagaimanapun, Timbalan Pengerusi SPR Azmi Sharom berkata tindakan Teo itu agak kabur dari segi undang-undang kerana peraturan tidak menjelaskan takrifan maksud "sebelum" pilihan raya.

"Aktiviti ini boleh dianggap sebagai (rasuah) penjamuan. Seksyen 8 Akta Kesalahan Pilihan Raya memperuntukkan kamu tidak boleh menjamu sebelum, semasa dan selepas piliha raya.

"Isunya di sini adakah ia 'sebelum' pilihan raya kerana ia tidak ditakrifkan," jelas Azmi pada sidang akhbar di Rantau hari ini.

Teo menyerahkan kupon makanan yang bernilai RM75,000, kepada 300 kanak-kanak sekolah golongan berpendapatan rendah di Rantau pada hari Khamis lalu.

Pemantau pilihan raya Bersih berkata tindakan itu perlu dianggap sebagai kesalahan pilihan raya.

Azmi berkata walaupun SPR tidak boleh memutuskan hal ini, namun katanya mahkamah UK menentukan ketika tempoh pilihan raya sudah hampir, maka segala tindakan perlulah tertakluk kepada undang-undang.

Oleh itu, beliau menggesa mereka yang percaya kesalahan telah dilakukan supaya membuat laporan polis mengenai perkara berkenaan.

[Baca berita penuh]
Baca berkaitan: Streram: Beri kupon pada kanak-kanak bukan kesalahan p'raya

UMNO
MOHAMAD BIN HAJI HASAN
(Unopposed) (0)
Turnout 0% (0)   Spoilt 0% (0)
Early 0% (36)   Postal 0% (6)
Malays 54%   Chinese 19%   Indians 27%   Others 1%
UMNO
MOHAMAD BIN HAJI HASAN
10,126 (4,613)
PKR
AISAH BINTI LAMSAH
5,513
Turnout 87% (15,878)   Spoilt 1% (239)
Malays 52%   Chinese 20%   Indians 28%   Others 1%
UMNO
DATUK SERI MOHAMAD HASAN
7,739 (3,783)
PKR
AISAH LAMSAH
3,956
Turnout 81% (12,216)   Spoilt 2% (271)
Malays 53%   Chinese 23%   Indians 25%  
UMNO
DATUK MOHAMAD HASSAN
8,031 (6,199)
PKR
BADRULHISHAM SHAHARIN
1,832
Turnout 73% (10,123)   Spoilt 2% (260)
Malays 54%   Chinese 23%   Indians 23%      

Tiada ulasan: