KUALA LUMPUR: Ahli
Parlimen Setiu, Shaharizukirnain Abdul Kadir meminta Menteri Sumber
Manusia menyatakan usaha yang telah dilakukan oleh Kerajaan bagi
mengatasi isu kelewatan pembayaran gaji kepada pekerja sektor swasta
oleh majikan seperti pengawal keselamatan.
Beliau mengemukan soalan tersebut ketika pertanyaan bagi jawab lisan.
Menjawab soalan tersebut, Timbalan
Menteri Sumber Manusia, Dato' Mahfuz Omar berkata, pihak Kementerian
sentiasa mengambil tanggungjawab untuk memastikan majikan dapat mematuhi
mana-mana perundangan yang termaktub di dalam Akta Kerja 1955.
"Kita sentiasa melakukan pemantauan untuk memastikan perkara ini dapat dipatuhi oleh pihak majikan," tambah beliau.
Shaharizukirnain semasa mengemukakan
soalan tambahan mempersoalkan sejauh manakah pendedahan yang diberikan
kepada pekerja swasta berkait dengan hak mereka berdasarkan
undang-undang yang sedia ada supaya mereka tidak dieksploitasi oleh para
majikan mereka.
Mahfuz berkata, apa yang penting ialah
golongan pekerja harus mengambil berat tentang hak mereka dan jika ada
berlaku pelanggaran ketidakpatuhan majikan ke atas hak pekerja, maka
mereka boleh membuat laporan kepada Kementerian Sumber Manusia khususnya
kepada JTK. – HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan