Khamis, 14 Mac 2019

TUDUH ISLAM GANAS KERANA PH TAKUT TUMBANG


Pakatan Harapan (PH) sebenarnya bimbang berkemungkinan akan tumbang dengan terbitnya kerjasama secara rasmi antara UMNO dan PAS, kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Ismail Sabri Yaacob.

Beliau mendakwa atas kebimbangan itulah PH dengan gencar menyerang Islam konon agama ini bakal mendatangkan keganasan seperti Taliban di Afghanistan.

“Sebab mereka tidak gembira bila UMNO bekerjasama dengan PAS, maka timbul dakwaan konon kerjasama ini pengisytiharan perang kepada bukan Islam. Teluk Intan (Nga Kor Meng) menuduh Islam kerajaan Taliban. Mereka sebenarnya bimbang sekiranya kerjasama ini diteruskan maka ia mungkin mampu menumbangkan kerajaan PH.

“Saya sendiri telah menegaskan bahawa Islam ini agama kedamaian, ia menjaga kepentingan semua malah kenyataan kami jelas kesepakatan ummah ini juga tidak meminggirkan kaum dan agama lain dalam negara ini.

“PAS sudah ada bukti memerintah di Kelantan, PAS juga pernah perintah Terengganu, pernah perintah Kedah, tidak dengar pun rungutan daripada bukan Islam yang rasa dipinggir atau tertekan di negeri-negeri ini, jadi tidak timbul isu tentang bukan Islam akan dipinggirkan,” ujar beliau kepada media di Parlimen, Kuala Lumpur pada Rabu.

Dalam ucapan menyokong usul titah Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong, Ismail Sabri turut membidas Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng yang menyebut bahawa kerjasama di antara UMNO dan PAS sebagai satu ‘pengisytiharan perang’ ke atas masyarakat bukan melayu.

Nga Kor Ming yang merupakan ahli Parlimen Teluk Intan turut menyerang kerjasama murni tersebut dengan menyatakan gabungan UMNO dan PAS akan memerintah negara seperti Afghanistan di bawah pemerintahan Taliban.

“Secara jelas kenyataan yang dibuat itu merupakan provokasi melampau dengan niat untuk mewujudkan sentimen kebencian terhadap kaum dan agama tertentu yang mungkin boleh mencetuskan rusuhan kaum seperti mana yang berlaku pada 13 Mei 1969.

“Untuk pengetahuan YB Bagan dan YB Teluk Intan bahawa agama Islam adalah agama kedamaian.” bidas beliau.

Tiada ulasan: