Rabu, 27 Mac 2019

PRK Rantau: SPR hantar 20,922 kad pengundi bermula hari ini

MALAYSIAKINI

   
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengambil inisiatif menghantar kad pengundi bermula hari ini kepada 20,922 pengundi termasuk 118 pengundi awal yang bakal mengundi di pilihan raya kecil (PRK) DUN Rantau.

Dalam satu kenyataan hari ini, Pengerusi SPR Azhar Azizan Harun berkata bahawa penghantaran kad pengundi ini adalah inisiatif SPR bagi menggalakkan dan memudahkan pengundi mengundi di PRK Rantau.

Kad pengundi mengandungi maklumat mengundi seperti tempat mengundi, saluran serta tarikh dan masa mengundi.

Pengundian awal dijadual pada 9 April, manakala hari mengundi ditetapkan pada 13 April.

Azhar berkata dengan inisiatif ini, pengundi tidak perlu disemak lagi di barung SPR selepas maklumat keperluan dinyatakan dalam kad tersebut.

Bagaimanapun, SPR menegaskan bahawa pengundi masih perlu membawa kad pengenalan dan pengundi juga diingatkan untuk membawa bersama kad pengundi bagi membantu untuk disemak.

Mana-mana pengundi yang tidak menerima kad pengundi mungkin kerana berpindah ke alamat baru, boleh membuat semakan maklumat mengundi di portal SPR www.spr.gov.my atau applikasi MySPR.

Mereka juga boleh membuat semakan melalui khidmat pesananringkas SMS (SPR <jarak> SEMAK <jarak> nombor MyKAD) dihantar ke 15888

Tiada ulasan: