Mereka menyertai program motivasi anjuran sebuah spa kecantikan
KUANTAN
– Polis menahan 30 wanita dan empat lelaki yang dipercayai berkelakuan
tidak senonoh ketika menghadiri program motivasi di sebuah resort di
Bukit Tinggi, Bentong semalam.
Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pahang,
Datuk Othman Nayan berkata, polis menjalankan siasatan selepas gambar
yang memaparkan sekumpulan wanita berkeadaan separuh bogel di kawasan
padang di resort itu tular menerusi laman sosial Facebook.
“Gambar berkenaan memaparkan terdapat sebahagian daripada kumpulan perempuan hanya berseluar dan berbaju dalam.
“Siasatan awal polis mendapati aktiviti
itu adalah program motivasi anjuran sebuah spa kecantikan dari Johor
Bahru dan Kuala Lumpur yang disertai kira-kira 80 wanita tempatan dengan
kesemua peserta menginap di resort tersebut sejak Isnin lepas hingga
hari ini,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Susulan itu katanya, polis menahan 34
individu termasuk pengendali program motivasi syarikat spa yang
beroperasi di Johor Bahru sementara peserta dari cawangan Kuala Lumpur
pula telah pulang lebih awal.
Berikutan itu, beliau menasihati peserta
yang telah pulang awal agar tampil secara sukarela ke Ibu Pejabat Polis
Daerah Bentong bagi membantu siasatan menurut Seksyen 294(a) Kanun
Keseksaan kerana berkelakuan sumbang di tempat awam.
Katanya, ketika kejadian penduduk setempat telah menegur aktiviti itu.
“Penduduk turut membuat laporan polis berkenaan aktiviti berkenaan,” katanya.
Kes itu adalah yang kedua berlaku di
padang resort berkenaan. Kali pertama ialah pada awal 2017, membabitkan
peserta lelaki. – Bernama
Tiada ulasan:
Catat Ulasan