ISMA WEB
Mujahid kata kerajaan akan kurang kos bantuan pada masa depan
BANGI
– Isu subsidi haji kembali menjadi perbualan hangat hari ini, apabila
kerajaan dilaporkan akan mengurangkan beban dihadapi Lembaga Tabung Haji
(TH) ke atas jemaah, pada masa depan.
Kali ini,
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Mujahid
Yusof Rawa, terus mengeluarkan kenyataan yang menimbulkan kemarahan
umat Islam, dengan memaklumkan di Dewan Rakyat bahawa subsidi haji akan
dikurangkan pada masa depan.
Menjadikan
konsep istito’ah atau ‘kemampuan’ sebagai alasan untuk mengurangkan
subsidi haji yang ditanggung TH, Ahli Parlimen Parit Buntar itu berkata,
kos sebenar haji adalah RM22,900 dan jika jemaah tidak mempunyai wang
sebanyak itu untuk menampung perbelanjaa, bermakna mereka tidak mampu.
“RM22,900,
itu kos sebenar haji. Kalau tidak cukup, dia tidak mampu. Tabung Haji
bantu mengurangkan beban mereka. Tetapi dari sudut keperluan fikah, dia
hanya boleh pergi haji dalam keadaan mampu,” katanya pada sesi
pertanyaan lisan di Dewan Rakyat, hari ini.
Beliau juga berkata, kemampuan adalah sebahagian syarat melakukan haji iaitu dari aspek kewangan.
Dalam Islam, mereka yang cukup syaratnya, iaitu berkemampuan, wajib mengerjakan haji sebagaimana yang dinyatakan dalam Rukun Islam.
Dalam Islam, mereka yang cukup syaratnya, iaitu berkemampuan, wajib mengerjakan haji sebagaimana yang dinyatakan dalam Rukun Islam.
Kewajipan mengerjakan haji diterangkan oleh Allah Taala di dalam al-Quran dengan firman-Nya yang bermaksud:
“Di situ
ada tanda-tanda keterangan yang nyata (yang menunjukkan kemuliaannya; di
antaranya ialah) Makam Nabi Ibrahim. Dan sesiapa yang masuk ke dalamnya
aman tenteramlah dia. Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat
haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai
kepadanya. Dan sesiapa yang kufur (ingkarkan kewajipan ibadat Haji itu),
maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak berhajatkan sesuatu pun) dari
sekalian makhluk.” (Surah Ali Imran: 97)
Tanpa
menjelaskan bila konsep istito’ah itu akan diperkenalkan, Mujahid
berkata, ia akan dilaksanakan pada masa depan bagi mengurangkan beban
peningkatan kos mengerjakan haji yang ditanggung TH setahun ke setahun.
Hasil
carian Ismaweb.net mendapati kempen memperjelaskan konsep istito’ah ini
kepada umat Islam sudah dimulakan sejak pertengahan bulan lalu menerusi
laman Facebook rasmi TH.
Namun, menerusi komen netizen mereka mengatakan semua umat Islam memahami istilah ‘mampu’ untuk mengerjakan haji.
“Ini semua
orang tahu. Sebab itu TH ditubuhkan untuk mengurangkan beban dan
membantu umat Islam Malaysia yang dapat pergi haji dengan mudah. Duit
pendeposit bukan ke boleh dilaburkan untuk menjana keuntungan, jadi
keuntungan itu yang dikembalikan dalam bentuk subsidi haji.
“Kalau
pengurusan sekarang tak mampu buat macam tu, please resign! Kepercayaan
umat Islam terhadap TH semakin terhakis. Dulu satu institusi Islam yang
sangat dibanggakan,” kata seorang pengguna Facebook.
Pada masa
sama, bekas Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal
Agama), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki berharap kerajaan tidak sesekali
mempertimbangkan cadangan mengurangkan subsidi haji bagi jemaah muasasah
kali pertama.
Katanya,
menggunakan alasan konsep ‘istito’ah’ atau ‘kemampuan jemaah’ untuk
menghalalkan TH mengurangkan komitmen subsidi yang diberikan selama ini,
bagaikan cubaan melupakan matlamat asal penubuhan TH.
“Sedarlah
bahawa tujuan utama penubuhan TH sejak awal penubuhannya 1969 adalah
untuk membantu memudahkan dan menguruskan segala aspek yang menyentuh
urusan haji rakyat Malaysia.
“Ini
termasuklah berfungsi menguruskan dana umat Islam bagi memperoleh
keuntungan yang membolehkan TH membantu mengurangkan bebanan jemaah
dengan menawarkan perkhidmatan terbaik pada kadar yang terendah,”
katanya mengulas perkembangan terbaharu isu subsidi haji itu dalam satu
kenyataan, hari ini.
Ketua
Pergerakan Pemuda UMNO itu mengimbas isu subsidi haji dengan menjelaskan
bahawa ketika pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) dahulu, tiga
kali pengurusan TH memohon kepada kerajaan untuk menaikkan caj
mengerjakan haji terhadap jemaah.
Namun,
katanya, ketika itu Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak tidak tidak
pernah bersetuju dan sentiasa mengingatkan mengenai matlamat penubuhan
TH, malah membantu TH dengan memberikan peluang perniagaan, pelaburan
dalam pelbagai sektor, termasuk hartanah bagi memastikan TH mempunyai
kekuatan kewangan yang mantap dan memperoleh keuntungan optimum bagi
meneruskan usaha membantu rakyat, khususnya jemaah Haji.
“Apakah
kenyataan YB Dr. Mujahid yang terbaru ini memberikan indikasi bahawa
kerajaan PH tidak lagi mahu membantu TH mengembangkan perniagaan mereka?
“Atau,
apakah ini juga memberikan isyarat kegagalan penstrukturan semula TH,
termasuk kesilapan keputusan penjualan aset-aset strategiknya kepada SPV
di bawah Kementerian Kewangan yang bernilai RM19.9 billion?,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan