Sabtu, 23 Mac 2019

Kecewa PH, Nurul Izzah umum penggal akhir wakil rakyat


KUALA LUMPUR — Nurul Izzah Anwar mengumumkan tidak akan bertanding dalam pilihan raya akan datang.

Ahli parlimen Permatang Pauh berkata keputusan itu dibuat selepas kecewa dengan “langkah perlahan” pentadbiran Pakatan Harapan (PH), lapor Straits Times Singapura.

“Saya sudah katakan ini penggal terakhir saya. Itu rancangan saya sekarang,” katanya.

Anak sulung Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata PH juga terlalu taksub dengan isu 1Malaysia Development Berhad (1MDB) sehingga kurang memberi tumpuan kepada rakyat.

“1MDB akan sampai ke peringkatnya. Selepas itu rakyat mahukan keselesaan dan peningkatan dalam hidup,” katanya.

Nurul Izzah hari ini dilaporkan turut meletak jawatan sebagai ahli Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC).

Keputusan itu dibuat ekoran pengerusi PAC Datuk Seri Ronald Kiandee dikekalkan walau sudah beralih menyokong kerajaan.

Tiada ulasan: