Khamis, 14 Mac 2019

Keadaan di pusat rawatan terkawal

NUR HASMIRA MOHAMAD

PASIR GUDANG: Dari jam 8 pagi sehingga 10 pagi tadi, 29 mangsa pencemaran bahan kimia telah dibawa ke Dewan Komuniti Taman Pasir Putih yang dijadikan pusat rawatan.
 
Pertambahan ini menjadikan jumlah mangsa yang menerima rawatan akibat bencana pencemaran adalah sejumlah 947 orang dengan 217 mangsa dirujuk ke hospital sebagaimana makluman Exco Kesihatan, Alam Sekitar dan Pertanian negeri, Dr Sahruddin Jamal hari ini.
 
Keadaan di pusat rawatan terkawal malah empat anggota perubatan Jabatan Amal Malaysia turut terlibat membantu memberi rawatan di pusat terbabit.
 
pg11 
 
Difahamkan bekalan bantuan peralatan perlindungan diri (personal protective equipment) telah disumbangkan oleh industri perkilangan di sini.
 
Individu yang mengalami simtom muntah, loya, pedih mata, sakit perut, sesak nafas dinasihatkan segera mendapatkan rawatan awal di klinil berhampiran atau hadir ke pusat rawatan di Dewan Komuniti Taman Pasir Putih.
 
Langkah keselamatan juga perlu diambil seperti memakai "mask" ketika berada di luar rumah, kurangkan aktiviti di luar rumah dan kerapkan diri meminum air putih.HARAKAHDAILY


Tiada ulasan: