KOTA BHARU: Unit Kawalan dan Keselamatan perlu digerakkan di setiap kampung untuk menangani gejala negetif daripada terus menular.
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan
NGO negeri, Ustaz Wan Roslan Wan Hamat berkata, unit kawalan itu dapat
mengurangkan aktiviti negatif daripada menular.
“Sudah ada kampung yang mewujudkan unit
tersebut. Namun masih banyak lagi belum wujudkan. Unit tersebut dapat
mengenal pasti kalau ada orang luar datang ke kampung mereka.
“Melalui kawalan itu gejala tidak sihat
termasuk juga merompak, edar dadah atau jenayah lain dapat ditangani
bersama penduduk,” katanyapada program taklimat Agensi Anti Dadah Kebangsaan (AADK) Kelantan di sii semalam.
Taklimat itu disampaikan Pengarah AADK
negeri, Rohayu Ahmad, diadakan di pejabat AADK, Menara Perbadanan
Kemajuan Iktisad Negeri Kelantan. – HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan