Oleh Siti Fatimah Ishak
Menteri Belia dan Sukan kata ketuanan Melayu sudah berakhir
BANGI–
Kenyataan Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman yang
mendakwa, ketuanan Melayu telah berakhir dan Malaysia sedang bergerak ke
arah fasa baharu yang memperjuangkan kesaksamaan amat dangkal dan
menyedihkan.
Ketua Biro
Latihan Kepimpinan Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), Ir Muhammad Lukman
Al Hakim Muhammad berkata, apa yang disuarakan Ketua Angkatan Bersatu
Anak Muda (Armada) Bersatu itu adalah fahaman dan perjuangan yang amat
bahaya.
Katanya,
jika seruan itu dibiarkan, bangsa Melayu yang sudah sedia tertindas di
bumi sendiri akan terus dianiaya oleh pemimpin sebegini.
“Hendak
berkongsi kekayaan negara katanya? Betulkah kaum Cina yang telah
memonopoli hasil mahsul dan pegangan ekuiti di Malaysia selama puluhan
tahun mahu berkongsi dengan bangsa Melayu sebagai pemilik dan penduduk
asal tanah ini?
“Sedikit
pun saya tak nampak perkara itu berlaku. Malah, kaum Cina sudah mula
menghakis pula kuasa politik negara yang selama ini dikuasai oleh bangsa
Melayu. Di mana kesaksamaan yang disebut Syed Saddiq?,” soalnya.
Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Syed Saddiq bahawa pada masa ini tidak sesuai lagi bercakap soal ketuanan Melayu.
Menteri
kerajaan Pakatan Harapan (PH) itu mendakwa, Malaysia sudah masuk fasa
bah
aru di mana rakyat berbincang mengenai kesaksamaan semua, bukan
kesamarataan, tetapi kesaksamaan.
“Kita di zaman perkongsian kekayaan. Ini salah satu agenda yang akan parti saya ketengahkan dan perjuangkan,” katanya.
Mengulas
lanjut, Lukman berkata, menteri berusia 25 tahun itu terlalu mentah
untuk bercakap soal ketuanan Melayu yang beliau sendiri tidak faham.
Katanya,
ternyata menteri ini kurang bijak dan tertipu dengan fahaman liberalisme
dan humanisme yang bertujuan mencabut terus identiti bangsa dan agama
daripada konteks kenegaraan.
“Beliau
amat jahil sejarah dan identiti negara yang amat bertuah ini. Apa yang
beliau cakap membuktikan dirinya lemahnya penguasaan terhadap
Perlembagaan Negara dan struktur sosio-ekonomi Malaysia,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan