KENYATAAN ini merujuk
kepada tuduhan liar YB Lim Kit Siang yang menempelak YB Presiden PAS
mengenai isu DAP mendiskriminasi pembangunan Pantai Timur.
Lim Kit Siang menyatakan, “Hadi will
be a disgrace to political Islam if he cannot substantiate his
allegation that DAP discriminates against the East Coast by opposing
equal development for Terengganu and Kelantan. Lies and falsehoods are
as sinful in Islam as in other great religions in the world, and no
honourable religious teacher will resort to lies and falsehoods to
advance his personal agenda”.
Kenyataan Presiden PAS telah dipetik
oleh Lim Kit Siang dalam beberapa akhbar berhubung pembayaran royalti
minyak kepada negeri-negeri pengeluar.
Pembayaran tunai atau juga dimaksudkan
sebagai royalti termaktub dalam Akta Kemajuan Petroleum 1974 dan
perjanjian bersama yang ditandatangani dengan Petronas.
Isu pembayaran royalti juga telah
dinyatakan dalam Janji Ke-3 manifesto Pakatan Harapan seperti berikut:
“Kerajaan Pakatan Harapan akan menambah jumlah royalti petroleum kepada
Sabah dan Sarawak, serta negeri-negeri pengeluar petroleum yang lain,
kepada 20 peratus atau nilai yang bersamaan, sebagai salah satu langkah
pembahagian hasil petroleum yang lebih adil.”
Ini akan membolehkan negeri-negeri
berkenaan mengambil alih lebih banyak tanggungjawab perbelanjaan
pembangunan di peringkat negeri”.
Sejak Pakatan Harapan mentadbir Kerajaan
Persekutuan dari bulan Mei hingga Oktober 2018, berapakah jumlah yang
telah dibayar oleh Petronas dan berapakah pula jumlah yang telah dibayar
oleh Menteri Kewangan kepada semua negeri pengeluar termasuk Kelantan
dan Terengganu?
Bagi menjawab soalan tersebut, YB Lim
Guan Eng juga hendaklah merujuk keputusan Mesyuarat Majlis Kewangan
Negara pada 7 Jun 2018 yang lalu.
Butiran keputusan tersebut akan menjawab tuduhan liar dan menutup mulut YB Lim Kit Siang terhadap Presiden PAS.
Islam Memimpin
Nasrudin Hassan
Ketua Penerangan PAS Pusat
HARAKAHDAILY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan