USTAZ KOHD.HAZIZI AB.RAHMAN
Tiada suara berautoriti yang memanggil Ahli Parlimen DAP menghadap untuk diberi amaran agar tidak mengulangi kenyataan biadab
BERSEKUTU
dengan orang kafir dari sudut politik sehingga memberikan mereka
dominasi kuasa politik di negara majoriti muslim adalah perbuatan haram,
melalui banyak ayat al-Quran.
Itulah
situasi politik negara kita sekarang, iaitu orang kafir mendominasi
kuasa. Buktinya terlalu banyak, berdasarkan senario lima bulan
pemerintahan PH, bahkan senario dominasi dalam kalangan parti komponen
PH sendiri sebelum PRU14.
Terkini
ialah kenyataan berani Kasthuri Patto DAP, yang jelas-jelas direkrut
oleh negara asing sejak beberapa tahun lalu, untuk mempromosikan
kebebasan beragama termasuk bebas murtad untuk orang Islam di Malaysia.
Tiada
suara berautoriti, seperti pihak istana mahupun menteri yang menjaga
(semua) agama, yang memanggil Ahli Parlimen DAP itu menghadap,
sekurang-kurangnya diberi amaran agar tidak mengulangi kenyataan
biadabnya itu.
Dia perlu
dipanggil menghadap kerana perjuangannya itu terang-terang menyalahi
peruntukan Perlembagaan Negara. Kecualilah jika negara ini mahu
dibiarkan menuju ke arah demokrasi liberal atau pihak berautoriti umat
Islam sudah hilang cengkaman kuasa kerana berpindahnya dominasi ke
tangan bukan muslim. Saya kira kedua-dua faktor ini sedang berlaku dan
kita sedang merasai implikasinya.
Bahkan,
pada ketika umat Islam menyuarakan rasa marah, puak muslim PH yang
menghalalkan ‘persekutuan yang membawa kepada dominasi politik kafir di
negara ini’ yang diharamkan Allah, tanpa segan silu menghentam
suara-suara umat Islam itu sebagai emosional, tidak intelek, tidak
matang, tidak beradab dan sebagainya.
Sebenarnya
mereka hanya mahu melindungi sekutu politik kepartian mereka, DAP.
Untuk itu mereka sanggup tuduh umat Islam dengan bermacam-macam tuduhan
buruk dan kotor.
Mereka
menunggang ayat dan hadis mengenai dakwah, demi menjustifikasikan
persekutuan haram itu, dengan meninggalkan ayat dan hadis yang menuntut
persaingan agar agama suci ini dibela dan kekal mulia saat diancam.
Mereka
berada di medan politik, yang merupakan medan persaingan kuasa, tapi
sayang mereka bersaing dan berlawan habis-habisan, dalam dewan, luar
dewan, di alam nyata dan alam maya, untuk membenam suara umat Islam dan
membiarkan suara anti-Islam berkumandang.
Itulah demokrasi bagi mereka.
Sehingga
kini, tidak nampak usaha mereka untuk mengembalikan semula dominasi
politik di tangan orang Islam. Manakan tidak, persekutuan haram mereka
sendiri sememangnya menghala ke arah yang bertentangan, iaitu
mengukuhkan dominasi politik bukan muslim.
Orang yang
mengkategorikan kenyataan Kasthuri Patto DAP sebagai kata-kata bukan
muslim yang tidak faham mengenai Islam adalah (1) orang yang naif, atau
(2) sengaja mengkhianati Islam demi survival politik kepartian sempit.
Tiada yang ketiga.
Persekutuan
dengan bukan muslim yang mengakibatkan dominasi kuasa politik berada di
tangan kafirun adalah perbuatan dosa, yang mudaratnya kena ke atas
seluruh umat Islam.
Kita
sebagai sebahagian umat Islam, yang tahu mengenai hakikat ini,
bertanggungjawab untuk bersuara dan menyampaikan peringatan, walaupun
dicela oleh orang yang mencela dan dibenci oleh musyrikin.
Kepada Allah kembali setiap urusan. Kepada-Nya kita bertawakal dan kepada-Nya kita kembali.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan