Papar akta baharu dua minggu sebelum dibentang bacaan kali pertama
BANGI
– PAS menggesa kerajaan Pakatan Harapan (PH) membuat pertimbangan
sewajarnya supaya Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau
RUU355 termasuk dalam senarai akta yang akan dipinda dalam sesi
mesyuarat Parlimen akan datang.
Ketua
Penerangan PAS, Ustaz Nasrudin Hassan berkata, pertimbangan itu sebagai
tanda komitmen kerajaan mengangkat institusi Mahkamah Syariah dan
memperbaharui undang-undang berkaitan jenayah syariah di negara ini.
“Berdasarkan
maklumat yang diperolehi, pihak Kerajaan Persekutuan telah
menyenaraikan secara keseluruhan 133 undang-undang yang akan dimansuh,
dipinda dan digubal oleh kementerian-kementerian dalam sesi mesyuarat
Parlimen kali ini dan akan datang.
“PAS
menggesa Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Liew Vui Keong
membuat pertimbangan sewajarnya supaya Akta 355 disenaraikan antara akta
yang bakal dipinda,” katanya dalam satu kenyataan.
RUU355
antara lain adalah untuk meminda Seksyen 2 untuk menggantikan peruntukan
dalam undang-undang sedia ada, iaitu Mahkamah Syariah akan mempunyai
kuasa ke atas umat Islam dan dalam kesalahan di bawah perkara yang
disenaraikan dalam butiran 1 Senarai Negeri, di bawah jadual kesembilan
Undang-undang Persekutuan.
Ia juga bagi
memasukkan Seksyen 2A, iaitu dalam menjalankan undang-undang jenayah
mengikut Seksyen 2, Mahkamah Syariah berhak menjatuhkan hukuman
dibenarkan undang-undang syariah berkaitan hal-hal kesalahan yang
disenaraikan di bawah seksyen disebutkan, kecuali hukuman mati.
Selain itu,
Nasrudin turut meminta supaya RUU baharu yang akan digubal mestilah
dipaparkan sekurang-kurangnya dua minggu sebelum dibentangkan bagi
bacaan kali pertama di Dewan Rakyat.
Rabu lalu,
Vui Keong berkata, kerajaan PH bercadang memansuh, memperkenal serta
meminda kira-kira 117 akta sebagai langkah reformasi undang-undang di
negara ini.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan