Isnin, 22 Oktober 2018

Kokurikulum renang perlu patuh syariah

SALMAH MAT HUSAIN

 
 
KOTA BHARU: Kementerian Pendidikan dicadang mengambil kira garis panduan Islam dalam usaha memperkenalkan kokurikulum renang tahun hadapan.
 
Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan NGO, Ustaz Wan Roslan Wan Hamat berkata, program itu perlu diambil kira patuh syariah yang melibatkan pelajar Muslim.
 
“Kita bersetuju dengan cadangan itu, bagaimanapun garis panduan berlandaskan Islam mesti diambil kira, barulah ada keberkatan,” ujarnya sebagai mengulas cadangan Kementerian Pendidikan akan memperkenalkan kokurikulum terbabit tahun hadapan.

Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik baru-baru ini dilapor berkata, buat permulaan kokorikulum renang akan diajar di sekolah sebagai persiapan menangani insiden lemas. – HARAKAHDAILY 


Tiada ulasan: