Diyana Ibrahim, Astro Awani
KUALA LUMPUR: Laporan penuh
berhubung tuntutan tunggakan bayaran balik Cukai Barangan dan
Perkhidmatan (GST) diharap akan dapat disiapkan sebelum sidang Parlimen
bagi sesi kali ini berakhir.
Menurut Pengerusi Jawatankuasa Kira- Kira Wang Negara (PAC) Datuk Seri Dr Ronald Kiandee, beliau turut berpuas hati dengan jawapan yang diberikan saksi bagi kes itu pada hari ini iaitu bekas Ketua Setiausaha Perbendaharaan Negara, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah.
“Prosiding (PAC) hari ini singkat dan kita cuma bertanya perkara yang lanjutan daripada keterangan yang diberi sebelum ini.

“Dijangka laporan akan dapat siap sepenuhnya pada sebelum sesi Parlimen
ini berakhir,” katanya yang ditemui media selepas mempengerusikan
Mesyuarat PAC hari ini di Parlimen.
Irwan merupakan antara saksi dalam kes tuntutan tunggakan GST berjumlah RM19.4 bilion.
Selain Irwan, PAC turut memanggil bekas Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, Datuk Seri Mohd Najib Razak dan Menteri Kewangan Lim Guan Eng.
Sementara itu Timbalan Pengerusi PAC Wong Kah Woh berkata Najib akan hadir dalam prosiding berhubung tuntutan kes itu esok.
Katanya PAC akan bersedia melengkapkan rumusan selepas saksi terakhir Menteri Kewangan, Lim Guan Eng dipanggil.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan