Oleh Athirah Huda Zalhe
Presiden Isma gesa kerajaan tolak tuntutan P Kasthuriraani
BANGI
– Desakan Ahli Parlimen DAP yang menuntut supaya kebebasan untuk
murtad dan ajaran sesat bebas diamalkan di negara ini, memberi isyarat
bahaya, termasuk implikasi yang besar kepada struktur masyarakat
Malaysia.
Presiden
Ikatan Muslimin Malaysia (Isma), sebuah pertubuhan Islam dan Melayu
sederhana, Haji Aminuddin Yahaya berkata, kenyataan Ahli Parlimen Batu
Kawan, P Kasthuriraani, kelmarin, sengaja dilakukan untuk menguji sejauh
mana sikap dan pemikiran pemimpin Pakatan Harapan (PH) terhadap agama
Islam dan Melayu.
Beliau
menyifatkan, desakan anak perempuan bekas pemimpin DAP, P Patto, itu
adalah antara perancangan teratur yang dibuat parti tamak haloba, DAP
dalam usaha untuk mencapai konsep Malaysian Malaysia.
“Malang, ramai masyarakat Melayu tidak sedar dan tidak faham apa implikasinya, termasuklah pimpinan politik Melayu.
“Jika
kerajaan akur dengan desakan ini dan mengiktiraf konvesyen PBB mengenai
kebebasan beragama dan penghapusan diskriminasi kaum, maka bermakna hak
keistimewaan orang Melayu dan keabsahan agama Islam akan hilang,”
katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Beliau
berkata demikian mengulas desakan P Kasthuriraani supaya kerajaan
menerima pakai deklarasi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), bagi
membenarkan murtad, selain semua ajaran sesat bebas diamalkan.
Aminuddin
berkata, desakan itu juga bakal memberi kesan kepada fungsi institusi
Islam dan Melayu seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim); Majlis
Amanah Rakyat (Mara); Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan Universiti
Teknologi Mara (UiTM).
“Sistem
pendidikan, perumahan, pekerjaan di pejabat kerajaan akan bertukar wajah
tanpa ada lagi peruntukan khas kepada Melayu dan Bumiputera.
“Bukan itu
saja, malah kuasa Raja-Raja juga akan tergugat kerana kedua-dua isu ini
membabitkan Islam dan Melayu adalah di bawah kuasa Raja-Raja,” katanya.
Bagaimanapun,
beliau akui berasa bimbang dengan pendirian pemimpin Melayu yang ada
dalam kerajaan sekarang, dengan kenyataan yang memberi bayangan jelas
bahawa isu Islam dan Melayu hanya menunggu masa hayatnya berakhir.
“Orang
Melayu harus bersedia menghadapi realiti bahawa keadaan semakin suram
dan kelam. Orang Melayu tidak boleh menyalahkan sesiapa lagi kerana itu
kehendak rakyat semua.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan