Oleh Siti Hafidah Abd Ghaffar
Perkasa ambil pendekatan 'bunuh dua burung dengan satu batu'
KUALA LUMPUR
– Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) akan membuat laporan
polis terhadap Ahli Parlimen Batu Kawan, P Kasthuriraani, kerana membuat
kenyataan yang menyentuh hal berkaitan Islam.
Laporan
polis yang akan dibuat esok atau Isnin ini adalah strategi ‘membunuh dua
burung dengan satu batu’, kata Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali,
hari ini.
Beliau
berkata, Perkasa juga tidak akan teragak-agak untuk mencabar keputusan
Kabinet yang menggantung sementara Akta Hasutan 1948, sekiranya tiada
tindakan mengikut akta diambil terhadap Ahli Parlimen DAP itu.
“Kita mahu
menguji sama ada betul atau tidak kenyataan Gobind Singh (Menteri
Komunikasi dan Multimedia) bahawa Kabinet gantung sementara tindakan
mengikut Akta Hasutan.
“Sekiranya
betul dan tiada siasatan terhadap Kasthuriraani, kita akan bawa ke
mahkamah keputusan moratorium itu,” katanya pada sidang media selepas
menghadiri Forum Tergempar Kekalkan Akta Hasutan anjuran Biro
Undang-undang dan Perlembagaan Perkasa di sini, hari ini.
Sebelum ini, Kabinet memutuskan untuk menggantungkan sementara tindakan mengikut Akta Hasutan 1948.
Keputusan
tersebut selari dengan ikrar Pakatan Harapan sebelum Pilihan Raya Umum
Ke-14 lalu untuk menghapuskan úndang-undang yang menindas, termasuk Akta
Hasutan 1948, Akta Pencegahan Jenayah 1959, Akta Universiti Kolej
Universiti 1971, Akta Penerbitan dan Media Cetak 1984, Akta Majlis
Keselamatan Negara 2016 dan undang-undang yang mengenakan hukuman
gantung sampai mati.
11 Oktober
lalu, Gobin berkata, Kabinet memutuskan untuk menggantung sementara
tindakan mengikut Akta Hasutan 1948, kerana ia akan dimansuhkan.
“Keputusan
Kabinet itu akan disampaikan kepada Peguam Negara dan terpulang kepada
beliau untuk mengambil langkah susulan,” kata Gobin.
Sementara, Kasthuriraani pula ketika perbahasan di Dewan Rakyat 15 Oktober lalu, mendesak kerajaan meratifikasi United Nations Declaration on the Elimination of All Forms of Intolerance and of Discrimination Based on Religion or Belief, yang di dalamnya terkandung prinsip untuk membenarkan murtad.
Beliau
juga mendesak semua ajaran sesat, bebas diamalkan, selari dengan
deklarasi itu yang menegaskan semua ‘agama dan kepercayaan’ bebas
diamalkan, dengan mengatakan “Another recommendation is the need to stop
the arrests of individuals who practise Shia, Ahmadiyah and Baha’i
(beliefs)”.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan