Pihak
Menteri Pertanian Industri dan Asas Tani hari ini menegaskan bahawa
tular di media sosial yang merujuk kepada menteri Datuk Salahuddin Ayub
menggalakkan pesawah menanam durian adalah berita palsu.
Setiausaha Akhbar kepada Menteri, Alyaa Azhar berkata, pihaknya dalam proses untuk membuat laporan polis dan melaporkan kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) mengenai kenyataan tular yang merujuk kepada menteri berkenaan.
“Kini sedang ditularkan di media sosial bahawa kononnya Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Salahuddin Ayub telah mengatakan bahawa para pesawah digalakkan menanam durian di sawah kerana ia memberikan pulangan yang lumayan.
“Saya ingin menegaskan bahawa kenyataan tersebut adalah Palsu dan fitnah semata-mata.Menteri tidak pernah mengeluarkan kenyataan sebegitu.
“Ini bukanlah kali pertama Menteri berhadapan dengan fitnah sebegini. Kenyataan yang dikaitkan dengan Menteri kali ini ternyata berniat jahat dan tidak lain dan tidak bukan bertujuan untuk memburukkan nama Menteri.
“Pihak kami dalam proses membuat laporan polis dan laporan SKMM juga sudah dibuat berhubung isu ini,” ujarnya dalam kenyatana hari ini.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan