Beliau yang juga bekas Menteri Belia dan Sukan memberitahu, buat masa sekarang beliau mahu berehat dan tidak mahu memikirkan mengenai perkara itu.

“Itu (ketua pembangkang) akan diputuskan oleh Ahli Parlimen tetapi buat masa ini saya tidak mahu apa-apa jawatan kerana saya mahu berehat.

“Bagaimanapun saya akan hadir ke sidang Parlimen selepas ini, itu memang kena hadir mana boleh tidak hadir,” katanya selepas majlis serah tugas kepada Syed Saddiq Syed Abdul Rahman di Kementerian Belia dan Sukan di Putrajaya, hari ini.

Sebelum ini, Khairy dilaporkan menolak tawaran Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi untuk menjadikannya sebagai Setiausaha Agung BN.

Menurut Khairy, dia membuat keputusan untuk tidak memegang sebarang jawatan sekiranya kalah dalam persaingan merebut kerusi Presiden Umno.

Khairy tewas kepada Ahmad Zahid dalam pemilihan Presiden Umnoyang baharu bagi penggal 2018-2021 baru-baru ini.

Seorang lagi calon presiden yang tewas adalah Ahli Parlimen Gua Musang, Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah.