Khamis, 19 Julai 2018

Jho Low kena tangkap? PDRM semak laporan media

THE MALAYSIAN TIMES
 

PETALING JAYA: Laporan beberapa portal media tempatan dan asing yang mendakwa ahli perniagaan Low Taek Jho atau Jho Low telah ditahan pihak berkuasa China sedang disemak, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun.

Beliau berkata pihaknya masih belum menerima maklumat berhubung perkara itu.

“Saya tidak ada maklumat perkara itu, saya akan semak kemudian,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada majlis penyerahan kenderaan EMPV di Persada Plus Subang Jaya, di sini, hari ini.

Semalam (18 Julai) blog Sarawak Report melaporkan sebuah stesen radio di Hong Kong menyiarkan berita penahanan Jho Low di China.

Pasport Jho Low telah dibatalkan oleh Jabatan Imigresen pada 15 Jun atas permintaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung penyiasatan mereka terhadap skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Tiada ulasan: