KUCHING: DAP Sarawak akan mengumumkan calonnya selepas Suruhanjaya
Pilihan Raya (SPR) membuat keputusan berhubung pilihan raya kecil
kawasan Dewan Undangan Negeri Pujut, kata Pengerusinya Chong Chieng Jen.
Beliau berkata DAP sudah mengenal pasti calonnya.
Pengerusi SPR, Datuk Seri Mohd Hashim Abdulla dilapor sebagai berkata
pihaknya telah dimaklumkan mengenai kekosongan kerusi tersebut dan akan
mengadakan mesyuarat Jumaat ini bagi membincangkan perkara itu.
Kerusi berkenaan kosong berikutan pemecatan Anggota Dewan Undangan
Negeri Pujut dari DAP, Dr Ting Tiong Choon sebagai anggota Dewan
berhubung isu kerakyatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan