KUALA LUMPUR: Pakatan Harapan akan berpecah selepas PKR menamakan presidennya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon Perdana Menteri.
Ketua UMNO Bahagian Cheras, Datuk Seri
Syed Ali Alhabshee berkata, parti-parti pembangkang yang bergabung
dalam Pakatan Harapan terutamanya Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM)
tidak bersetuju Wan Azizah dilantik sebagai Perdana Menteri jika
mereka berjaya menawan Putrajaya pada PRU ke-14 akan datang.
"Menamakan Wan Azizah sebagai calon Perdana Menteri pasti akan mencetuskan 'perang besar' dalam pakatan tersebut.
"PPBM tidak akan bersetuju dengan usaha tersebut kerana parti itu juga mempunyai calonnya tersendiri yang mereka anggap sebagai paling layak menduduki kerusi Perdana Menteri.
"Onar pembangkang semakin terbuka dan memberi peluang kepada rakyat untuk menilai sejauhmana kejujuran mereka berpolitik. Wan Azizah telah dinamakan sebagai bakal Perdana Menteri untuk tempoh sementara bagi memberi laluan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kini berada di tabir besi," tegasnya dalam catatan terbaharu di laman umnobahagiancheras.blogspot.my miliknya.
Katanya, Anwar sewajarnya sudah boleh berehat dan bersara daripada kancah politik dengan menumpukan perhatian kepada keluarga setelah terpalit dengan pelbagai isu yang mencemarkan maruah, harga diri dan reputasi beliau.
"Perkembangan terbaru dalam pakatan pembangkang itu juga membuktikan PKR hanya memperjuangkan agenda politik Anwar yang masih rakus untuk berkuasa.
"Tindakan Pakatan Harapan menamakan Lim Guan Eng sebagai calon Timbalan Perdana Menteri juga sebagai sesuatu yang janggal dan tidak pernah berlaku dalam sejarah pentadbiran negara ini.
"Ini menunjukkan secara jelas betapa PKR sekadar menjadi boneka kepada DAP, sebuah parti yang selama ini hanya memperjuangkan kepentingan satu kaum sahaja," tegasnya.
Beliau mengulas laporan senarai rahsia yang bocor pada kongres PKR minggu lalu yang antaranya menyenaraikan Wan Azizah sebagai bakal Perdana Menteri sementara Guan Eng selaku Timbalan Perdana Menteri.
Dalam hubungan ini kata beliau, Pakatan Harapan tidak akan menjadi sebuah kesatuan politik pembangkang yang baik untuk menjaga kepentingan rakyat di negara ini.
"Parti pembangkang yang bergabung dalam Pakatan Harapan masing-masing mempunyai agenda tersendiri. Lambat laun Pakatan itu akan pecah dan saya menjangkakan akan berlaku perang besar di kalangan mereka susulan Wan Azizah diangkat sebagai calon perdana menteri," tegasnya.
Isu Wan Azizah yang akan diangkat sebagai calon perdana menteri dikatakan tidak disenangi PPBM yang mana media melaporkan beberapa pemimpin tertinggi parti serpihan itu tidak menyokong pencalonan tersebut.
"Ada pihak mendakwa pemimpin tertinggi PPBM juga mengidamkan jawatan tersebut, ini semua akan menjadikan Pakatan Harapan haru-biru," ujarnya.
Mengulas ketegasan Pas yang dikatakan tidak akan memberikan kerjasama kepada UMNO pada PRU ke-14 akan datang, Syed Ali menjelaskan perkara tersebut tidak berbangkit.
"Saya juga ada dengar kenyataan pemimpin mereka tidak akan berikan kerjasama kepada UMNO, saya nak tanya, apakah selama ini UMNO bergantung nyawa kepada mereka?" soalnya.
Bagaimanapun katanya, soal kerjasama politik membabitkan Pas-UMNO terserah kepada pucuk pimpinan kedua parti.
"Mungkin boleh berlaku dan mungkin boleh jadi tidak, terserahlah kepada pucuk pimpinan parti," jelasnya.
Mengulas keghairahan Pas untuk menawan beberapa kerusi Parlimen di Wilayah Persekutuan, beliau berkata UMNO juga akan berusaha untuk merampas kerusi yang dipegang pembangkang.
Katanya, Pas berhajat untuk menawan beberapa kerusi Parlimen dan semestinya mereka akan berdepan tentangan sengit daripada UMNO dan Barisan Nasional (BN) sendiri.-A/Awani

Tiada ulasan:
Catat Ulasan