Al-Qattan
dalam kitab Mabahith fi ‘Ulum al-Qur’an menyatakan, di antara faedah
kisah-kisah yang disebut oleh Allah S.W.T. s.w.t di dalam al-Qur’an yang
merangkumi kisah para Nabi, adalah untuk :
a) Menerangkan asas-asas dakwah menuju Allah S.W.T. dan perkara asas syariat yang dibawa oleh para Nabi.
b)
Meneguhkan hati Rasulullah s.a.w. dan hati umat Muhammad s.a.w. di atas
agama Allah S.W.T., mengukuhkan keyakinan orang beriman mengenai
kemenangan para pendukung kebenaran dan kehancuran para pembela
kebatilan.
c) Menarik perhatian para pendengar dan memantapkan pesanan yang terkandung di dalamnya ke dalam jiwa mereka.
Solah
al-Khalidi di dalam kitabnya al-Qasas al-Qur’aniyy ‘Ardu Waqa’i‘ wa
Tahlil Ahdath menjelaskan bahawa kisah berkenaan Nabi Lut a.s. dan
umatnya disebutkan oleh Allah S.W.T. SWT sebanyak 27 kali di dalam
al-Qur’an. Ia merangkumi 3 keadaan iaitu :
i) Kisah
secara terperinci mengenai Nabi Lut a.s. bersama umatnya yang
mengisahkan penyelewengan akhlak mereka, dakwah Nabi Lut kepada umatnya
agar dibersihkan perlakuan mereka yang salah, penolakan dakwah oleh
umatnya serta menerangkan azab dan seksa ke atas umatnya.
ii) Kisah yang disebutkan secara sepintas lalu mengenai Nabi Lut a.s.
iii) Ayat yang menyatakan nama Nabi Lut a.s. sebagai sebahagian dari nama para Nabi
Solah
al-Khalidi menjelaskan sekurang-kurangnya 13 fakta penting menurut
al-Qur’an dan al-Hadith berhubung kisah Nabi Lut a.s. dan umatnya. Di
antaranya ialah :
1) Nabi
Lut a.s. adalah di antara kalangan para Nabi yang diutuskan oleh Allah
S.W.T. Di dalam al-Qur’an, Allah S.W.T. menjelaskan bahawa Nabi Lut a.s.
beriman kepada Nabi Ibrahim a.s. sewaktu Baginda menyampaikan dakwah di
negerinya iaitu Iraq. Beliau juga menjelaskan Nabi Lut a.s. berhijrah
bersama Nabi Ibrahim a.s. dari Iraq ke Palestin berdasarkan ayat 26,
Surah al-Ankabut dan ayat 71, Surah al-Anbiya’, sebelum diutuskan kepada
suatu kaum yang tinggal di sebuah perkampungan di utara Palestin.
2) Solah
al-Khalidi menegaskan bahawa tidak wujud dalam sebarang hadith sahih
mengenai dari mana asalnya umat Nabi Lut a.s., nama mereka serta nama
daerah atau kawasan yang mereka diami. Ini kerana sebarang riwayat
Israiliyyat yang tercatat di dalam kitab sejarah umat terdahulu, tidak
boleh diyakini sepenuhnya. Apa yang jelas diungkapkan oleh al-Qur’an,
bahawa umat Nabi Lut a.s. melakukan banyak perlakuan keji dan di
antaranya perlakuan homoseksual ataupun liwat iaitu mereka mendatangi
golongan lelaki yang sama jenis dengan mereka dan ia tidak pernah
dilakukan oleh mana-mana umat terdahulu sebelum mereka.
3)
Selanjutnya, Solah al-Khalidi menjelaskan hikmah Nabi Lut a.s. yang
diutuskan untuk mencegah perlakuan keji di kalangan umatnya, berbanding
para Rasul yang lain yang diutus kepada umat mereka dengan ajakan untuk
beriman kepada Allah S.W.T. Di antara hikmahnya ialah, umat para Rasul
yang lain melakukan penyelewengan dari sudut aqidah dengan menyembah
berhala, sedangkan umat Nabi Lut a.s. melakukan penyelewengan akhlak
dengan perlakuan homoseksual yang keji itu.
Beliau
menegaskan, bagaimana suatu umat yang telah sebati dengan perlakuan keji
tersebut boleh beriman kepada Allah S.W.T. jika tidak diseru kepada
mereka peringatan supaya meninggalkan terlebih dahulu perlakuan keji
itu? Justeru, dakwah Nabi Lut a.s. yang lebih utama dalam berhadapan
umatnya adalah membersihkan jasmani dan keinginan mereka daripada
perlakuan seks songsang. Ini kerana, seruan untuk mengabdikan diri
kepada Allah S.W.T. seakan-akan tidak bermanfaat kepada kelompok manusia
yang telah sebati dengan perlakuan seks songsang tersebut.
4) Tidak
diketahui secara tepat bilakah perlakuan homoseksual yang dilakukan oleh
umat Nabi Lut a.s. itu bermula. Bahkan, Solah al-Khalidi menegaskan
tidak dijelaskan dalm al-Qur’an siapakah orang yang pertama melakukan
perlakuan homoseksual itu di kalangan Nabi Lut a.s., bagaimana keadaan
orang yang melakukan perlakuan homoseksual itu dan bagaimana pula
keadaan orang yang diperlakukan. Justeru, peringatan Allah S.W.T. yang
menzahirkan perlakuan keji umat Nabi Lut a.s. di dalam al-Qur’an sudah
memadai untuk menjadi peringatan kepada umat kemudian, tanpa perlu
merujuk kepada riwayat Israiliyyat yang dinukilkan secara terperinci
tanpa dapat dipastikan kebenarannya.
Apa yang
penting, penyelewengan seks tersebut bermula secara terpencil di
kalangan umat Nabi Lut a.s. , sebelum ia merebak di kalangan mereka
serta dilakukan secara terbuka di tempat pertemuan mereka. Tegas Solah
al-Khalidi lagi, umat Nabi Lut a.s. menzahirkan perlakuan homoseksual
tersebut tanpa ada rasa malu dan ia merupakan bukti bahawa perlakuan
keji tersebut berleluasa di kalangan umat Nabi Lut a.s. dan hanya
sedikit dari kalangan mereka yang tidak terlibat.
5)
Perlakuan homoseksual oleh umat Nabi Lut a.s. secara jelas menyalahi
fitrah manusia. Ini kerana, Allah S.W.T. telah menjadikan golongan
perempuan sebagai pasangan yang lengkap bagi seorang lelaki kerana ia
memenuhi tuntutan dari sudut perasaan seperti kasih sayang dan
kebahagiaan serta jasmani yang sihat. Justeru, bagaimana seorang lelaki
yang normal dan waras sanggup membenarkan dirinya melakukan persetubuhan
melalui dubur atau disetubuhi oleh lelaki lain? Ternyata, mereka yang
terlibat dengan perlakuan homoseksual atau liwat ini mengalami penyakit
jiwa dan perasaan kerana sanggup melakukan sesuatu di luar fitrah.
6) Nabi
Lut a.s. dilihat secara tegas menegah perlakuan homoseksual yang
dilakukan oleh umatnya. Ini kerana, Solah al-Khalidi menyatakan Nabi Lut
a.s. berpandangan bagaimana umatnya sanggup menjadikan lelaki yang sama
jenis dengan mereka menjadi tempat untuk memuaskan nafsu syahwat
mereka? Mengapa umatnya tidak memadai dengan perempuan sebagai pasangan
hidup mereka yang halal?
Mengapa
pula umatnya sanggup menggantikan peranan perempuan dengan lelaki yang
bersifat keperempuanan atau mukhannath di kalangan mereka? Ia semua
berlaku disebabkan umat Baginda melampaui batas dengan mengikut kehendak
syahwat songsang mereka dan mengutamakan perkara yang haram berbanding
apa yang dihalalkan untuk mereka.Perkataan al-Zukran dalam ayat 165,
Surah al-Syu’ara’ menggambarkan kehendak mereka yang melampau sehingga
tidak ada lagi yang dikehendaki untuk memuaskan nafsu syahwat mereka,
melainkan golongan lelaki yang sama jenis dengan mereka.
7) Umat
Nabi Lut a.s. didapati memperolok-olokkan Nabi Lut a.s. dengan
menyatakan kepada Baginda, seandainya Baginda berkata benar iaitu dalam
mencegah perlakuan homoseksual yang dilakukan oleh mereka, maka mohonlah
kepada Allah S.W.T. supaya ditimpakan azab ke atas mereka. Mereka juga
didapati mengancam untuk mengusir Nabi Lut a.s. dan golongan yang
beriman yang merupakan pengikut Nabi Lut a.s., sekiranya Baginda
terus-menerus mencegah perlakuan homoseksual yang dilakukan oleh mereka.
Ini kerana umat Nabi Lut a.s. merasakan Baginda adalah orang luar yang
datang ke tempat mereka dan tiada hak untuk menegah apa yang mereka
lakukan dari perlakuan homoseksual tersebut.
Walau
bagaimanapun Nabi Lut a.s. tetap istiqamah dalam mencegah perlakuan keji
yang dilakukan oleh umatnya. Solah al-Khalidi menegaskan, Nabi Lut a.s.
dan pengikutnya yang beriman dimuliakan oleh Allah S.W.T. daripada
melakukan perlakuan homoseksual yang menjadi amalan umat Baginda. Ia
dapat dilihat dalam suasana masa kini, di mana golongan yang melakukan
kemungkaran merasakan golongan yang mencegah kemungkaran mereka perlu
diusir dari kalangan mereka kerana tidak melakukan kemungkaran yang
dilakukan oleh mereka.
8) Nabi
Lut a.s. dibantu oleh Allah S.W.T. sejajar dengan permohonan Baginda
yang mengharapkan bantuan Allah S.W.T. dalam berhadapan umatnya yang
berterusan dalam melakukan penyelewengan seks. Justeru, jelas Solah
al-Khalidi, berdasarkan sunnatullah setelah Nabi Lut a.s. menyampaikan
dakwah kepada umat Baginda dan tidak mampu untuk mengubah kehendak
umatnya yang telah sebati dengan perlakuan homoseksual, maka Allah
S.W.T. telah menimpakan azab dan kemusnahan kepada umat Baginda yang
jelas kufur kepada Allah S.W.T. Manakala, pada waktu yang sama Allah
S.W.T. menyelamatkan Nabi Lut a.s. dan pengikut Baginda yang beriman.
Solah
al-Khalidi menyatakan lagi, sebelum azab ditimpakan kepada Nabi Lut
a.s., Allah S.W.T. telah memerintahkan kepada para malaikat untuk
bertemu dengan Nabi Ibrahim a.s. untuk membawa dua berita iaitu berita
Nabi Ibrahim a.s. akan dikurniakan seorang anak yang bernama Ishak dan
berita mengenai umat Nabi Lut a.s. yang akan dimusnahkan. Pada ketika
itu, Nabi Ibrahim a.s. bimbang tentang nasib Nabi Lut a.s. yang berada
di kalangan umatnya yang akan dimusnahkan. Walau bagaimanapun, para
malaikat menenangkan Nabi Allah S.W.T. Ibrahim a.s. berdasarkan ayat 32,
Surah al-‘Ankabut bahawa Nabi Lut a.s. dan pengikutnya yang beriman
akan diselamatkan, kecuali isteri baginda kerana dia termasuk di
kalangan umat Nabi Lut a.s. yang dibinasakan oleh Allah S.W.T.
9) Nabi
Lut a.s. sedaya upaya mempertahankan tetamu Baginda iaitu para malaikat
yang dijelmakan sebagai pemuda berwajah tampan oleh Allah S.W.T. Beliau
sangat bimbang mengenai keselamatan para tetamunya, lantaran
mengenangkan perlakuan keji yang dilakukan oleh umat Baginda iaitu
mendatangi golongan lelaki yang sama jenis dengan mereka. Ternyata,
kebimbangan Nabi Lut a.s. Berasas apabila umat Baginda memaksa supaya
menyerahkan tetamu Baginda kepada mereka. Jelas Solah al-Khalidi, Nabi
Lut a.s. menegaskan kepada umat Baginda, apakah tidak ada di kalangan
mereka seorang lelaki yang waras akalnya yang boleh menasihatkan mereka,
agar menyedari bahawa perlakuan homoseksual itu sememangnya perlakuan
yang keji? Apatah lagi, mereka ingin melakukan perbuatan terkutuk itu
bersama tetamu Baginda.
Mereka
dibayangkan seolah-olah hilang akal dan mendesak Nabi Lut a.s.
menyerahkan tetamu Baginda kepada mereka. Perbuatan Nabi Lut a.s. yang
mempertahankan tetamu daripada diperlakukan dengan perlakuan yang keji
termasuk di antara adab Islam supaya memuliakan tetamu. Walau
bagaimanapun, ternyata tidak terdapat seorang pun di kalangan umat Nabi
Lut a.s. yang berfikiran waras supaya mengingatkan mereka agar tidak
meneruskan kehendak mereka yang semakin menggila untuk melakukan
perlakuan homoseksual bersama tetamu Nabi Lut a.s.
10)
Selanjutnya, Solah al-Khalidi menjelaskan bahawa dalam usaha untuk
menyelamatkan tetamu Baginda daripada diapa-apakan, maka Baginda telah
menawarkan kepada umat Baginda anak anak perempuan Baginda. Tegas beliau
lagi, tidak perlu kita mendapatkan sumber daripada Israiliyyat tentang
siapakah anak perempuan Baginda dan meninggalkan perselisihan di
kalangan para ahli sejarah dan mufassirin. Apa yang lebih utama adalah
berpandukan kepada apa yang telah termaktub di dalam al-Qu’ran.
Anak-anak
perempuan Nabi Lut a.s.digambarkan sebagai perempuan yang suci serta
lebih utama untuk dipergauli dalam memenuhi kehendak syahwat mereka
mengikut cara yang dibenarkan. Solah al-Khalidi menyatakan lagi,
pandangan yang lebih tepat mengenai anak-anak perempuan Nabi Lut a.s.
adalah merujuk kepada anak-anak perempuan di perkampungan umat Baginda.
Ini kerana, Nabi Lut adalah Rasul dan Nabi di perkampungan Baginda. Dan
Baginda merupakan orang tua serta pemimpin di kalangan umat Baginda.
Justeru, Baginda diibaratkan sebagai bapa kepada golongan perempuan di
perkampungan Baginda berdasarkan pengertian maknawi.
11)
Seterusnya, Nabi Lut a.s. menyeru umat Baginda agar memilih jantina yang
berlawanan iaitu golongan perempuan dan meninggalkan perlakuan
homoseksual yang keji itu. Walau bagaimanapun, permintaan Baginda tidak
diendahkan oleh umat Baginda, bahkan mereka menegaskan bahawa Nabi Lut
a.s. sepatutnya jelas tentang kehendak syahwat mereka yang hanya ingin
mendatangi golongan lelaki sama jenis dengan mereka dan mereka tidak
sekali-kali menginginkan golongan perempuan di perkampungan mereka.
Pada
ketika ini, Nabi Lut a.s. menyatakan munajatnya berdasarkan ayat 80,
Surah Hud bahawa alangkah baiknya sekiranya Baginda mempunyai kekuatan
atau berlindung dengan perlindungan yang lebih kuat dalam usaha
menyelamatkan tetamu Baginda daripada diapa-apakan. Ini kerana, Baginda
digambarkan sebagai orang luar dari kalangan umat Baginda, dan tidak
mempunyai sanak saudara di kalangan mereka untuk membantunya bagi
menyelamatkan tetamu Baginda. Justeru, Baginda meyakini tidak ada
perlindungan yang lebih baik melainkan perlindungan Allah S.W.T.
12) Nabi
Lut a.s. pada asalnya tidak mengenali tetamu Baginda sebagai malaikat
yang diutuskan oleh Allah S.W.T. untuk menghancurkan umat Baginda. Di
antara hikmahnya ialah, supaya malaikat tersebut menyaksikan dengan
jelas penyelewengan seks yang berlaku di kalangan umat Nabi Lut a.s.
Justeru, ia menjadi hujah yang kuat bagi Allah S.W.T. mengazab mereka
disebabkan perlakuan homoseksual yang ingin dilakukan oleh mereka
bersama tetamu Baginda yang sebenarnya adalah malaikat.
Solah
al-Khalidi menjelaskan lagi, para malaikat tersebut kemudiannya
memberitahu Nabi Lut a.s.supaya bersegera keluar dari perkampungan
Baginda beserta pengikut Baginda yang beriman sebelum waktu Subuh
keesokan harinya. Ia bertujuan menyelamatkan Baginda dan pengikutnya
daripada ditimpa azab Allah S.W.T. yang sangat dahsyat yang akan
ditimpakan kepada umat Baginda pada waktu Subuh. Ternyata, kesemua umat
Nabi Lut a.s. dibinasakan oleh Allah S.W.T. yang masih tinggal di
perkampungan tersebut tanpa ada seorang pun daripada mereka yang
terselamat.
13)
Isteri Nabi Lut a.s. diberitakan di dalam al-Qur’an sebagai di antara
mereka yang dibinasakan bersama umat Nabi Lut a.s. Ini kerana tegas
Solah al-Khalidi, isteri Baginda memilih untuk kufur kepada Allah
S.W.T., tidak menyerap di dalam jiwanya keimanan yang ada pada suaminya
iaitu Nabi Lut a.s., sebaliknya isteri Nabi Lut a.s. Memilih untuk teguh
di atas agama umat Nabi Lut a.s. yang kufur kepada Allah S.W.T. dan
melakukan penyelewengan seks. Ia dinyatakan dengan jelas oleh Allah
S.W.T. pada ayat 10, Surah al-Tahrim. Meskipun isteri Nabi Lut a.s. di
bawah pengawasan Baginda, namun dengan sifat khianat yang dilakukan oleh
isteri Baginda, maka ia dimasukkan oleh Allah S.W.T. ke dalam neraka.
Solah
al-Khalidi menjelaskan bahawa, khianat yang dimaksudkan bukan bermaksud
isteri Nabi Lut a.s. melakukan zina atau perlakuan keji sebagaimana umat
Baginda, sebaliknya pengkhianatan dalam agama dengan menolak agama yang
benar, memlih agama yang batil dan dia merupakan seorang yang kufur
kepada Allah S.W.T. Justeru, meskipun dia merupakan isteri kepada
seorang Nabi, ia sedikit pun tidak memberikan manfaat kepadanya ,
menyelamatkannya daripada azab yang ditimpakan kepada umat Nabi Lut a.s.
serta Baginda tidak berupaya untuk menghalang isteri Baginda daripada
dimasukkan ke dalam neraka pada hari akhirat kelak.
Kesimpulannya,
ini adalah 13 fakta berkenaan kisah umat Nabi Lut a.s. yang biasanya
tidak didedahkan oleh pendokong LGBT. Moga Allah merahmati kita semua. ISMA WEB
Tiada ulasan:
Catat Ulasan