SHAH ALAM: Umno digesa mengambil pengajaran untuk tidak mudah percaya
atau menerima mana-mana pihak yang pernah menjadi pengkhianat dan
dijadikan ahli parti selepas ini.
Ketua Pemuda Umno Wilayah Persekutuan Mohd Razlan Muhammad Rafii menegaskan, pengkhianat akan selamanya menjadi pengkhianat.
Beliau berkata demikian merujuk kepada bekas senator Dewan Negara, Datuk Mohamad Ezam Mohd yang keluar parti semalam.
"Ambillah ini sebagai pengajaran .. kalau tak faham politik, jangan tunjuk pandai... nasihat jadi "punahsihat"...
"Kesetiaan bukan boleh dibeli dengan jawatan atau imbuhan ...
"Kalau dah ada rekod pengkhianat itu .. tatap pengkhianat
selamanya...," katanya yang dipetik daripada laman sosial Facebooknya.
Katanya lagi ahli Umno yang setia kepada parti pun belum tentu mendapat layanan seperti Ezam.
"Dalam politik ini, kesetiaan paling penting, belum cukup hanya tunjuk
setia, kena uji lagi kesetiaan dengan pelbagai rintangan.
"Itupun belum tentu diberi tanggunjawab, bila ada kekosongan.. boleh
pulak diberi kepada orang yang khianat parti, lepas tu jawatan
macam-macam.
Semalam Ezam mengumumkan keluar daripada Umno atas alasan mahu mempertahankan prinsipnya.
Beliau mendakwa Umno dilihat tidak serius dalam perjuangan menentang
rasuah apabila Akta Rahsia Rasmi (OSA) yang diperjuangkannya tidak
dimansuhkan.
Ezam sebelum ini pernah meninggalkan PKR pada tahun 2007 dan setahun
selepas itu menyertai Umno ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi menjadi
perdana menteri dan presiden parti Melayu itu.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan