Isnin, 24 Oktober 2016

Pandikar beri amaran pada pembangkang, jangan main-main

Zikri Kamarulzaman


LIHAT VIDEO DI SINI

Speaker Parlimen, Tan Sri Pandikar Amin Mulia memberi amaran kepada pembangkang supaya “jangan main-main” dengannya.

Ini susulan tindakan pembangkang yang bertindak keluar dewan, Jumaat lalu ketika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sedang membentangkan Bajet 2017.

“Apabila Yang Berhormat semua keluar, seolah-olah saya halau tapi perkara itu dirancang.

"Maka, jangan main-main dengan saya. Kamu nak main, main dengan ahli politik bukan dengan saya,” katanya di Dewan Rakyat.

Lim Guan Eng (DAP-Bagan) bagaimanapun menjelaskan bahawa wakil rakyat berkenaan meluahkan rasa tidak puas hati mereka terhadap Najib, dan bukannya Pandikar.

Tiada ulasan: