Oleh Wan Anis Ilyani Wan Mohammad Azhar
SHAH ALAM: Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tun Dr
Mahathir Mohamad perlu berjumpa dan mendengar penjelasan Datuk Seri
Khairuddin Abu Hassan terlebih dahulu, sebelum menjawab mengapa 'orang
kuatnya' itu bertindak keluar parti.
"Saya tidak tahu, saya tidak dengar lagi kenyataan dari beliau
(Khairuddin)," katanya kepada pemberita selepas menghadiri sebuah majlis
pelancaran buku di Yayasan Al Bukhary, hari ini.
"Tidak tahu, perkara itu betul atau tidak. Saya kena bercakap dengan beliau dahulu," katanya lagi.
Khairuddin pada semalam mengumumkan dirinya keluar daripada PPBM untuk
mempersiapkan diri untuk menghadapi beberapa kes di mahkamah.
Khairuddin sebelum ini menyertai parti PPBM pimpinan Dr Mahathir dan presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin.
"Dalam masa yang sama saya ingin mengucapkan selamat maju jaya kepada
semua sahabat yang berada bersama parti Bersatu (PPBM) dan berharap
mereka menggalas tanggungjawab secara beramanah.
"Secara jujur dan ikhlas semua pemimpin dan ahli parti Bersatu (PPBM)
tidak boleh berpuak-puak dan jangan sama sekali meniru budaya serta
amalan buruk Umno ke dalam Bersatu," kata Khairuddin sebagaimana memetik
kenyataannya, pada Khamis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan
Nota: Hanya ahli blog ini sahaja yang boleh mencatat ulasan.