shahbudindotcom
Bukan
saja Najib Razak tidak hadir, malah majoriti Ahli-Ahli Parlimen BN
tidak berada di dalam dewan ketika Ketua Pembangkang, Dr Wan Azizah Wan
Ismail menyampaikan ucapannya membahaskan Bajet 2017.
Bahkan
jika diimbas, tidak seperti menteri-menteri kewangan sebelum ini,
Najib diketahui umum sejak dulu memang jarang benar meluangkan masa
mendengar ucapan wakil-wakil parti pembangkang berkaitan belanjawan.
Adakah
Najib merasakan belanjawan yang dibentangkannya sudah begitu sempurna
sehingga tidak mahu langsung mendengar pandangan-pandangan lain yang
berbeza?
Kenapa
marah orang lain keluar dewan jika diri sendiri dengan sengaja bersikap
sombong dan mementingkan diri tidak mahu mendengar pendapat serta
pandangan orang lain?
Tiada ulasan:
Catat Ulasan