PETALING JAYA: Sekumpulan pemandu teksi pada Selasa melancarkan mogok
di Bukit Bintang bagi membantah perkhidmatan Uber dan GrabCar.
Protes di Jalan Bukit Bintang berhadapan Hotel Grand Millennium dan
berdekatan pusat membeli-belah Fahrenheit 88 dan Pavilion itu
mengakibatkan kesesakan teruk.
Bantahan yang bermula kira-kira pukul 11 pagi itu dibuat oleh puluhan pemandu teksi yang sengaja menutup Jalan Bukit Bintang.
Menurut The Star Online, pihak polis mengadakan pertemuan dengan ketua
kumpulan bantahan itu pada pukul 11.30 pagi dengan menasihatkan kesemua
mereka supaya bersurai.
Antara yang ditahan polis ialah Timbalan Presiden Persatuan
Transformasi Pemandu Teksi Malaysia (PERS1M), Kamarudin Mohd Hussain.
"Kami di sana bagi membantah Uber dan GrabCar," kata Kamaruddin kepada The Star menerusi telefon semasa beliau dibawa polis.
Kamaruddin berkata, beliau bukan penganjur protes tetapi berada di sana bagi menyokong perhimpunan itu.
Beliau berkata, tiga lagi pemandu teksi turut ditahan.
Seorang jurucakap Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) berkata,
mereka menyedari mengenai isu itu dan akan mengeluarkan kenyataan media.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan