AYER KEROH: ADUN Duyong dari DAP, Goh Leong San diisytiharkan sebagai wakil rakyat Bebas, berkuat kuasa hari ini.
Perkara itu diumumkan Speaker DUN, Datuk Wira Othman Muhammad, dalam
ucapan pembukaannya pada Persidangan Pertama, Penggal Keempat, Dewan
Undangan Negeri (DUN) Melaka Ke-13, di Seri Negeri, di sini, sebentar
tadi.
"Saya telah menerima surat daripada Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng tentang perkara ini," katanya.
Leong San sebelum ini digantung keahlian selama selama setahun sejak
Februari lalu kerana berulangkali membuat kenyataan merosakkan reputasi
parti.
Othman dalam masa yang sama turut mengumumkan Khoo Poey Tiong (DAP-Ayer
Keroh) sebagai Ketua Pembangkang baharu, manakala Tey Kok Kiew
(DAP-Banda Hilir) sebagai Ketua Whip.
Spekulasi kedudukan Leong San yang juga bekas Ketua Pembangkang bersama
kepemimpinan DAP negeri hangat diperkatakan selepas beliau dilihat
lebih memihak kepada beberapa keputusan yang dibuat Ketua Menteri, Datuk
Seri Idris Haron.
Sementara itu, kedudukan kerusi Leong San turut berubah apabila
ditempatkan bersebelahan dengan Dr Md Khalid Kassim (PAS-Bukit Baru),
manakala Poey Tiong mengambil alih tempat Leong San.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan