Rabu, 30 Mac 2016

Penganalisis: Kongres Rakyat tak beri impak besar

Kongres Rakyat berlangsung aman
Keadaan di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) ketika Kongres Rakyat 2016 berlangsung. - Foto Sharifudin Abdul
 
 
SHAH ALAM – Kongres Rakyat 2016 yang berlangsung pada Ahad diakui mempunyai tekanan yang kuat, bagaimanapun ia tidak mampu memberikan impak padu terhadap kerajaan, demikian pendapat penganalisis politik, Dr Muhammad Shamsinor Abdul Azzis.

Menurut Muhammad Shamsinor, Kongres Rakyat yang dibawakan pembangkang hanyalah bertujuan untuk menunjukkan kepada rakyat yang pembangkang sentiasa ada isu untuk dibawa kepada rakyat.
Jelas Ketua Kluster Politik dan Polisi bagi Institut Kajian Sosial Selangor di sebuah universiti tempatan ini,

sekiranya objektif kongres itu benar-benar mahu dilaksana, pembangkang sepatutnya mengatur strategi sejak Tan Sri Muhyiddin Yassin diturunkan daripada jawatan Timbalan Perdana Menteri.

“Pada pandangan saya, ia tidak memberikan tekanan yang kuat. la hanya memberikan tekanan berpanjangan, namun impaknya tidak cukup kuat.

[ARTIKEL BERKAITAN: Deklarasi Rakyat dilihat bersifat peribadi]

“Pembangkang boleh buat apa sahaja, tetapi tetap susah. Kongres Rakyat 2016 yang dibuat hanya untuk beritahu dan alert rakyat yang pembangkang sentiasa ada isu yang dibawa,” katanya ketika dihubungi Sinar Online.

Ahad lalu telah berlangsungnya Kongres Rakyat 2016 di Pusat Konvensyen Shah Alam (SACC) yang diadakah bertujuan untuk menyelamatkan negara.

Seramai 19 perwakilan termasuk bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, Timbalan Presiden Umno yang digantung jawatan, Muhyiddin dan bekas Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Mukhriz Mahathir memberikan ucapan pada himpunan aman itu.


Tiada ulasan: