OLEH AMRAN JAN
Demonstrasi pemandu-pemandu teksi berdaftar Lembah Kelang ke atas operasi 'kereta sapu' haram Uber dan Grabcar di Bukit Bintang benar-benar menunjukkan Pengerusi SPAD Tan Sri Hamid Albar tidak punya kelayakan/pengetahuan dalam mengurus perjalanan industri perkhidmatan pengangkutan awam berkaitan teksi.
Hamid Albar bertambah buntu apabila demonstrasi ini dilakukan secara mengejut dan tidak diketahui siapakah penganjurnya.
Pada
hari kejadian, pegawai-pegawai SPAD begitu sibuk menghubungi beberapa
pengerusi persatuan sama ada terbabit atau tidak dalam demonstrasi
tersebut.
Seingat saya, sudah berkali-kali persatuan-persatuan
pemandu serta pengusaha teksi membangkitkan isu pengharaman aplikasi
haram Uber dan Grabcar, namun sehingga kini ia semakin berleluasa dan
nampaknya Hamid Albar seperti hilang punca.
Hamid Albar sebelum ini mengeluarkan kenyataan bahawa operasi Uber adalah haram, namun baru-baru ini pula dilaporkan berkata bahawa kadar tambang Uber hendak diselaraskan! Dua kenyataan yang amat mengelirukan.
Uber dilihat semakin ghairah beroperasi malah berani mencabar SPAD dengan kenyataan akhbarnya "akan menyediakan 100,000 kenderaan Uber atas jalan raya" tanpa menghiraukan 'amaran' serta peruntukan undang-undang SPAD.
Senario ini seolah-olah menunjukkan bahawa 'kereta sapu haram' Uber ini akan mendominasi industri teksi yang bawah seliaan SPAD. Dalam erti kata lain, perkhidmatan teksi negara telah dikawal oleh Uber, bukannya SPAD.
Sikap 'sombong bodoh' pengerusi SPAD ini telah menyebabkan masa depan warga pemandu teksi menjadi tergugat.
Sebagai seorang pengerusi sebuah suruhanjaya yang tidak ada pengetahuan mendalam tentang perjalanan industri teksi sebelum ini, Hamid Albar sepatutnya berani berdepan mendengar permasalahan juga bantahan dari persatuan teksi dalam mencari penyelesaian terbaik dalam menangani sesuatu isu.
Beliau tidak perlu lari dari kritikan kerana dengan adanya kritikan itulah yang membolehkan SPAD menjadi lebih cepat matang.
Beliau juga tidak seharusnya menepis sesuatu kritikan kelemahan fungsi agensi SPAD dengan alasan “jangan politikkan isu teksi” kerana ia dengan sendirinya akan menimbulkan persepsi umum bahawa “SPAD telah memutarbelitkan isu” untuk menutup kelemahannya.
Bagi seluruh warga pemandu teksi, kami berpendapat bahawa inilah natijahnya bila pengerusi SPAD masih lagi bersikap “sombong bodoh” dalam mencari penyelesaian berkaitan isu 'kereta sapu haram' atas talian ini.
Saya bagi pihak seluruh warga pemandu teksi berdaftar negara, menyarankan kepada perdana menteri agar Tan Sri Hamid Albar dipecat dari jawatan Pengerusi Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat.
* AMRAN JAN pemandu teksi bermeter.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan