JAIS juga menarik empat sijil tauliah tahun lalu kerana melanggar syarat yang dtetapkan termasuk mengajar ajaran menyeleweng.
SHAH ALAM : Seramai 955 penceramah telah diberikan sijil tauliah untuk berceramah di Selangor sepanjang 2015, kata Datuk Dr Ahmad Yunus Hairi
EXCO Hal Ehwal Agama Islam, Adat Melayu dan Warisan, Pembangunan Desa dan Kampung Tradisi berkata, seramai empat penceramah pula telah dibatalkan sijil tauliah tahun lalu.
“Antara sebab terlibat dengan ajaran tarikat yang menyeleweng. Kedua akhlak atau kelakuan yang menjejaskan pemegang tauliah dan ketiga menyampaikan ajaran-ajaran yang mengelirukan masyarakat,” katanya.
Beliau berkata demikian menjawab soalan ADUN BN-Sungai Burong, Datuk Shamsuddin Lias yang bertanya berapakah jumlah sijil tauliah untuk berceramah. pembatalan dan sebabnya di Selangor di Dewan Negeri Selangor, hari ini.
Menjawab soalan tambahan Shamsuddin berhubung garis panduan yang diberikan kepada penceramah, Dr Yunus menyatakan tidak ada satu garis panduan yang khusus tetapi sewaktu ditemuduga mereka telah disaring bagi memastikan yang dipilih untuk berceramah itu adalah layak.
“Bagaimanapun saya tidak nafikan mungkin dalam saring itu ada juga yang terlepas pandang tapi ini dalam pemantauan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) sehinggakan ada pembatalan seperti yang saya sebutkan,” jelasnya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan