GEORGE TOWN: Ekoran cuaca panas melampau, semua sekolah di Kedah diarah
tutup hari ini, manakala di Perlis tutup selama dua hari bermula
Khamis.
Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid berkata keputusan itu
diambil setelah kementerian mendapati suhu di dua negeri berkenaan
melebihi 37 darjah Celsius lebih 72 jam akibat cuaca panas dan kering
disebabkan fenomena El Nino.
"Cuaca di Kedah dan Perlis dari Isnin hingga Rabu lebih 37 darjah
Celsius dan di Perlis hari ini mencecah 38.2 darjah Celsius, manakala
Kedah sekitar bawah sikit daripada itu," katanya kepada pemberita
selepas sesi taklimat di Jabatan Pendidikan Pulau Pinang di sini,
semalam.
Beliau berkata penutupan sekolah ekoran cuaca panas itu bagaimanapun
hanya melibatkan ketidakhadiran murid-murid sahaja, namun proses
pengajaran dan pembelajaran tidak perlu diganti.
"Operasi pentadbiran sekolah juga hendaklah berjalan seperti biasa," katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan