Pakai losyen punca mikrofon 'terbang' - Ziana Zain
PENYANYI bersuara tinggi, Ziana Zain menyifatkan
kejadian mikrofonnya 'terbang' ketika membuat persembahan sebagai
sesuatu yang kelakar sepanjang kerjayanya.
"Rasa kelakar pula. Semua sebab losyen tangan. Pada penghujung nyayian,
saya mahu mengangkat tangan, tetapi mikrofon pula yang terpelanting.
"Selamat saya tidak jatuh. Tetapi ketika kejadian, semua orang berdiri
dan bersorak. Tetapi itula, pakai losyen atau tidak, jika sesuatu nak
terjadi, ia tetap akan terjadi," katanya.
[ARTIKEL BERKAITAN: Video mikrofon Ziana 'terbang' jadi viral]
Beberapa hari lepas, video mikrofon Ziana Zain 'terbang' ketika
membuah persembahan di Kuala Lumpur Fashion Week 2015 (KLFW2015) mencuri
perhatian netizen.
Namun sikap profesional Ziana dalam menangani insiden yang memalukan itu mendapat pujian.
"Perkara seperti itu biasa terjadi kepada sesiapa pun. Jadi sekiranya
ada penyanyi berhadapan dengan situasi di luar jangkaan seperti ini,
tidak perlu gusar.
Sebaliknya bersikap yakin di atas pentas sehinggalah habis persembahan," katanya dipetik portal berita tempatan.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan