AZIZI SUNIP
Khairuddin dalam laman
Facebook miliknya mendakwa sudah mengemukakan bukti mengenai 1MDB di
Pejabat Peguam Negara Switzerland di Bern.
SUBANG JAYA, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan berpendapat, cadangan sesetengah pihak yang mengundang campur tangan luar untuk menyelesaikan skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) adalah tidak masuk akal.
Beliau yang juga Pengarah Strategik
Komunikasi Barisan Nasional mengulas mengenai rancangan bekas Naib Ketua
Umno Bahagian Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan yang
mendakwa menyerahkan bukti 1MDB kepada peguam Switzerland setelah
mendakwa kecewa dengan keluhuran undang-undang Malaysia.
“Tidak mungkin bidang kuasa undang-undang
Swizerland melebihi Malaysia? Cadangan ini tidak masuk akal kerana cuba
mengundang campur tangan asing dalam perkara ini,
“Ini bermakna Malaysia ibaratnya
dijajah?” katanya pada sidang media selepas merasmikan pelancaran Sidang
Kemuncak Perumahan dan Hartanah Kebangsaan hari ini.
Ahli Parlimen Kota Belud itu berkata,
pihak yang tidak berpuas hati dengan perkembangan penyiasatan 1MDB tidak
boleh terlalu emosi sehingga terdesak cuba menggunakan pihak luar.
Jelasnya, penilaian peguam negara adalah
berdasarkan fakta dan bukti dalam sesuatu pendakwaan malangnya ini tidak
diyakini jika keputusan tidak mengikuti kehendak mereka.
“Malah, jika peguam negara tidak menjaga hati dan perasaan pembangkang, mereka anggap peguam negara tidak menjalankan kerja.
“Sebaliknya jika peguam negara mengikut
telunjuk pembangkang barulah dianggap sistem perundangan ini adalah yang
terbaik,” katanya.
Terdahulu, Bekas Naib Ketua Umno Bahagian
Batu Kawan, Datuk Seri Khairuddin Abu Hassan dalam kenyataannya yang
dimuat naik di Facebook mengakui ke Switzerland bersama peguamnya,
Mitthias Chang bagi menyerahkan bukti berkaitan skandal 1MDB.
Tindakan itu dibuat selepas mendakwa pihak berkuasa Malaysia tidak bertindak tegas dan segera terhadap laporannya sebelum ini.
Beliau telah mengemukakan semua bukti dakwaannya di Pejabat Peguam Negara Switzerland di Bern.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan