MSTAR ONLINE
Jurucakap Pusat Kawalan Trafik Plus Expressways Berhad ketika dihubungi Bernama berkata keadaan itu dijangka berterusan sehingga Isnin.
"Setakat 4.40 petang tadi, keadaan trafik di beberapa laluan dari kedua-dua arah (utara dan selatan) sesak.
"Laluan paling teruk terjejas ialah dari Changkat Jering ke Kuala Kangsar, Sungai Perak ke Terowong Menora, Seberang Jaya ke Juru, Juru ke Bukit Tambun, Gopeng ke Tapah, Bidor ke Slim River dan Tanjung Malim ke Rawang," katanya.
Beliau berkata dari selatan ke ibu negara, trafik juga bergerak perlahan dari Pedas Linggi ke kawasan Rehat & Rawat Seremban.
Jurucakap itu berkata trafik juga sesak dari Bangunan Sultan Iskandar Malaysia di Johor Baharu ke Singapura.
Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM) melaporkan trafik bergerak perlahan dari Plaza Tol Bentong ke Bukit Tinggi dan dari Genting Sempah ke Plaza Tol Gombak.
Untuk maklumat lanjut dan terkini, sila hubungi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 atau talian LLM 1800-88-7752 atau layari www.twitter.com/plustrafik atau www.twitter.com/llminfotrafik.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan