Isnin, 3 Februari 2014

Bolehkah harga sate diturunkan?


Bolehkah harga sate diturunkan? Bolehkah harga sate diturunkan? - Foto Sinar Harian Oleh: Shari fudin Abdul Rahim
 

BARU-baru ini, apabila PKR mengumumkan Datuk Seri Anwar Ibrahim menjadi calon parti itu dalam pilihan raya kecil akan datang di Kajang, penulis blog antipembangkang secara sinis berkata, antara benda akan diturunkan harga oleh Anwar adalah sate Kajang.

Ini kerana pembangkang kerap mengkritik kerajaan Barisan Nasional sebagai penyebab harga barangan di pasaran naik.

Tanpa sebarang maksud sinis, Sinar Harian cuba mengkaji, adakah benar harga sate boleh diturunkan, dari sudut perniagaan dan ekonomi?

Jika boleh, tentu sekali ia adalah sesuatu yang menarik.

Mungkin banyak lagi makanan atau barangan lain yang boleh diturunkan harganya jika semua pihak berfikir dan berusaha mencari jalan.

Secucuk sate daging mahupun ayam kini berharga antara RM0.70 hingga RM0.80 dan ada juga mencecah RM1.

Memang mahal, tetapi pemerhatian Sinar Harian di beberapa lokasi sekitar Lembah Klang menunjukkan pelanggan tidak kisah mengeluarkan sedikit wang untuk menikmati sate.

Tiada ulasan: