Kalau kita fikir-fikirkan, susah hendak kita jangka apa yang akan terjadi atau kesudahan politik negara kita yang masih berkocak ini. Adakah tindakan pembangkang berusaha dengan berbagai-bagai inovasi tindakan politik mereka boleh membawa mereka ke Putrajaya satu-satunya perjuangan yang ada kepada mereka ? Atau UMNO dan BN akan masih kekal menerima mandat rakyat walaupun dengan sokongan yang mengecil?
Inovasi tindakan politik
pembangkang khususnya PKR begitu 'sophisticated' dan memaksa pilihanraya kecil
Kajang dikatakan salah satu dari percubaan untuk memperkuatkan kabilah mereka
ke Putrajaya.
Apa sahaja yang terfikir oleh
kepimpinan mereka, akan mereka lakukan walaupun tindakan mereka itu menyusahkan
rakyat dan berbagai pihak yang lain. dalam mencuba dan mencuba untuk ke
Putrajaya itu, mereka melemahkan parti mereka kerana hasilnya wujud ketidak
puasan hati diantara kepimpinan mereka dan timbul bibit-bibit perpecahan didalam
parti mereka.
Apabila terlihat bibit perpecahan
itu ia mengurangkan keyakinan rakyat terhadap mereka, sedangkan BN sememangnya
sudah dipersepsikan sebagai parti yang lemah tetapi menyandang kuasa dalam
kerajaan. Justeru apakah kesudahannya? Itulah yang saya sentuh di dalam posting
yang lepas.
Jika BN masih kekal dalam beberapa
tahun ini ia bermakna Pakatan Rakyat masih akan menjadi pembangkang. Sebaliknya
jika Pakatan Rakyat menang ia pasti akan merupakan kemenangan kecil, itu pun
jika di campurkan jumlah perolehan kerusi dari ketiga-tiga parti komponen itu.
Maksud saya UMNO akan tetap kekal
sebagai parti ‘singularly’ sebagai parti yang paling banyak representasinya
dalam Dewan Legislatif Parlimen. Walaupun jumlah keseluruhan kerusi mungkin
berkurangan dari kerusi yang diperolehi oleh PR keseluruhannya. Jika ini
berlaku kerajaan Pakatan Rakyat akan menjadi kerajaan yang lemah kerana tiada
satu pun parti-parti dalam PR itu yang boleh menandingi UMNO dengan jumlah
kerusi secara individu parti dalam PR itu.
Pendeknya, Jika PR mendapat mandat
ia merupakan mandat yang kecil dan tidak mungkin berjaya menjadi kerajaan yang
kuat. Ia akan menjadi seperti UMNO dan BN yang amat payah untuk mentadbir
kerajaan dengan berkesan. Dalam sistem politik kita di sini, ‘the winner takes
all, and the loser looses all’ Oleh kerana itu, menukar kerajaan dengan kerajaan
minoriti seperti kerajaan BN hari ini tidak akan membawa apa-apa faedah kepada
semua pihak.
Oleh itu ‘consequence’ yang akan
kita boleh rumuskan ialah perubahan yang tidak membawa perubahan (the change is
no change). Maka kita terpaksa akui yang pihak yang memerintah dengan kekuatan
sokongan 2/3 dalam Dewan Legislatif Persekutuan dan Negeri itu amat di perlukan
kalau benar-benar hendak melakukan perubahan.
Bolehkah PR dan Anwar Ibrahim
mendapat penguasaan 2/3 itu, atau mampukah UMNO boleh bertahan dengan menambah
kemenangannya dengan majoriti 2/3 itu? Tidak tahulah kalau ada yang berani
mengatakan akan wujud representasi 2/3 jika mana-mana pihak, PR atau BN
memenangi pilihanraya nanti.
Tetapi hakikat yang perlu kita
akui, tidak akan ada mana-mana pihak akan mendapat kemenangan 2/3 kepada pihak
yang menang nanti. Tidak akan ada ‘clear victor’ jika keadaan sekarang masih
wujud dalam politik negara kita. Itu kah yang kita semua mahukan? Kalau itu
yang kita mahukan biarkan sahaja keadaan sekarang berterusan.
Di sebaliknya jika kita impikan
perubahan yang benar-benar perubahan, apa kah formula terbaik untuk mendapatkan
perubahan itu dengan mewujudkan pemerintah yang mempunyai kekuatan 2/3 dalam
Dewan Tertinggi Legisltif Negara kita di Parlimen itu?
Kita perlu ingat dinegara ini
pemerintahan yang kuat ialah sokongan sekurang-kurangnya sokongan 2/3 dari
Dewan Parlimen. UMNO/BN telah lama mengalami kekuatan seperti ini, tetapi
kekuatan sokongan dari rakyat itu telah dianggap sebagai kelemahan mereka
(rakyat) oleh UMNO dan BN itu. Itulah penyebab kenapa keadaan politik negara
ini begitu berkecamuk hari ini.
(bersambung)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan