Oleh: Norhayati Umor
PETALING JAYA : Kerajaan Negeri akan melaksanakan program
kesihatan dari rumah ke rumah bagi mengetahui tahap kesihatan keluarga
di negeri itu.
Exco Kebajikan dan Hal Ehwal Wanita, Rodziah Ismail berkata Menteri
Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sudah memberi arahan untuk
menghantar petugas sukarelawan bagi mengenal pasti tahap kesihatan
seterusnya masalah yang dihadapi keluarga terbabit.
Katanya, pada peringkat permulaan itu, 10 kawasan mengikut daerah dikenal pasti untuk melaksanakan program itu.
Antaranya di kawasan Desa Mentari, Lembah Subang, Rimba Jaya, Projek
Perumahan Rakyat Hicom, Seri Perantau dan Bandar Sultan Suleiman.
“Kita sudah lakukan persiapan awal, kita akan lihat nisbah seorang
petugas dengan keluarga. Menteri Besar minta pastikan fokus kesihatan
adalah yang terbaik.
“Contohnya,
bagi yang mempunyai kewangan mungkin tiada masalah tetapi bagi golongan
berpendapatan rendah akan mengenepikan masalah ini.
“Melalui program ini, Kerajaan Negeri akan cepat dapat maklumat
mengenai permasalahan mereka dan kita akan cuba bantu,” katanya selepas
merasmikan Seminar Kesihatan Sempena Hari Kanser Sedunia 2014.
Beliau berkata selain kawasan perbandaran, program itu akan dijalankan di kawasan perumahan kos rendah dan sederhana rendah.
Rodziah turut memaklumkan kesihatan rakyat di negeri ini termasuk wanita masih berada di tahap rendah.
“Contoh wanita, kesederan itu ada tetapi mungkin disebabkan faktor
kewangan. Oleh itu, Kerajaan Negeri mengamalkan konsep ‘kita bawa dan
kita datang’.
Sementara itu, Rodziah berkata mengikut statistik dari 2013 hingga
kini, seramai lebih 17,000 wanita mendapat pemeriksaan mammogram secara
percuma.
“Setiap 100 orang, kita dapati ada satu atau dua orang yang dikenal
pasti menghidap kanser, namun disebabkan masih ditahap rendah dan
melakukan rawatan yang konsisten, mereka dapat dipulihkan,” katanya.EZY
Tiada ulasan:
Catat Ulasan