Ahad, 23 Februari 2014

Pengerusi Bantah PBS diarah tukar sekolah

KEADILAN DAILY

SPPBS
KUALA LUMPUR : Di ambang Himpunan 222 yang akan diadakan di Masjid Al Hasanah, Bandar Baru Bangi esok, Pengerusi Penaja Suara Guru Masyarakat Malaysia (SGMM) Mohd Nor Izzat Mohd Johari diarah bertukar sekolah serta merta berkuatkuasa 17 Februari lalu.

Beliau yang merupakan guru di sebuah sekolah di Jerantut memaklumkan mendapat surat pertukaran sekolah daripada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN), semalam.

“Saya telah ditukarkan sekolah serta-merta bermula 17 Februari 2014.

“Sekolah baru itu jaraknya lebih 100 kilometer dari tempat tinggal asal saya,” kata Izzat kepada Keadilandaily, namun tidak memaklumkan lokasi sebenar atas tujuan keselamatan.

Beliau menyeru semua guru, ibu bapa dan mereka yang membantah Sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah (SPPBS) hadir beramai-ramai bagi memberikan sokongan kepada guru-guru tertindas.

“Ini adalah permulaan untuk mendedahkan kezaliman kerajaan dan Kementerian Pendidikan (KPM).

Dalam pada itu, Izzat ingin melihat sama ada pihak KPM akan mengambil tindakan sama terhadap guru-guru lain yang turut membantah SPPBS.

“Adakah KPM akan melakukan juga perkara yang sama kepada guru-guru lain? Ini tidak adilm” katanya.

Beliau menyeru kepada semua guru agar tidak takut dan patah semangat kerana berada di pihak yang benar.

Himpunan 222 yang diadakan di Masjid Al Hasanah, Bandar Baru Bangi akan bermula dengan solat Zohor berjemaah dan Solat Hajat Perdana disusuli ucapan deklarasi SGMM, Pendidik yang akan disertai beberapa NGO lain.

Tiada ulasan: