Rekod pemegang lama dalam jawatan, sukar dipecah 50-100 tahun lagi
Di Mesir mereka ada firaun (pharoahs), Hosni Mubarak, Anwar el- Sadat, Gamal Abdel Nasser dan sekarang Field Marshal Abdul Fattah el-Sisi yang saya jangka akan memerintah lama!
Di Amerika Congress telah meminda perlembagaan setelah Presiden Franklin Roosevelt dari Parti Demokratik yang amat popular itu kerana dasarnya yang radikal untuk rakyat biasa iaitu the New Deal memenangi Rumah Putih empat kali berturut-turut 1933-1945 dan kalau dia tidak meninggal dunia tahun 1945 akan memenangi pilihan raya presiden seterusnya.
Kini Presiden Amerika Syarikat hanya boleh menduduki Rumah Putih selama lapan (8) tahun maksimum.
Di UK, Singapura dan kita pemegang jawatan perdana menteri serta menteri besar dan ketua menteri tidak ada had- bisa memanaskan kerusi empuk sehingga mati kalau parti mereka bersetuju atau mereka berundur secara sukarela seperti Dr Mahathir, Nik Aziz Nik Mat dan Taib Mahmud.
Dr Mahathir bersara sebagai PM selepas 22/23 tahun (1981-2003), Taib Mahmud berhenti sebagai Ketua Menteri Sarawak selepas 33 tahun (1981- 2014), Tok Guru Nik Aziz telah berkhidmat selama 23 tahun sebelum mengundur diri sebagai Menteri Besar Kelantan (1990 -2013). Sementara Tengku Razaleigh Hamzah masih MP Gua Musang 40 tahun berturut-turut dalam satu kawasan.
Nampaknya dia boleh die in office yakni dia bisa memegang jawatan sehingga meninggal dunia kalau itulah pilihannya. Lim Kit Siang juga lama dalam Parlimen tetapi di dalam beberapa kawasan di berbagai negeri.
Wan Mokhtar Ahmad memegang jawatan Menteri Besar Terengganu selama 25 tahun sehingga dikalahkan pada tahun 1999. Mereka ini, suka duka, manusia luar biasa- Speaking describes them as remarkable human beings!
Saya tidak jangka rekod mereka boleh dipecahkan selama 50-100 tahun lagi kecualilah Malaysia menjelma menjadi sebuah dictatorship, absolute monarchy atau sistem kepimpinannya ala Ayatollah di Iran.
Di Mesir tentera campur tangan dalam politik semenjak revolusi anti - monarki tahun 1952. Di negara kita agama, bahasa dan perkauman agenda, isu terpenting dalam politik dan pilihan raya.
Cerdik pandai dan penganalisis politik Barat -juga dua tiga kerat orang kita- menyangka Mohamad Morsi dari Ikhwanul Muslimun atau Muslim Brotherhood akan berkuasa berdekad lama seperti Hosni Mubarak.
Pemerintahan Morsi pendek kerana dia “diguling” oleh tentera dengan sokongan rakyat yang tidak mahunya memerintah seolah-olah dia khalifah. Kalaupun el-Sisi tidak lama berkuasa seperti Anwar el- Sadat dibunuh dan Hosni Mubarak penggantinya dilucut jawatan saya yakin penggantinya seorang jeneral yang lain.
Di negara kita setakat ini (57 tahun) tiada hujan politik tengah hari lagi di peringkat nasional- berapa lama lagi situasi ini akan berterusan?
Seperti kata P Ramlee:
Andainya (dia) dapat mengubah
Tetap ku terima...
Tapi tak berdaya
Ku sangka panas sampai kepetang
Rupanya hujan di tengah hari.
Itulah nasib yang dialami legenda dan ikon Melayu- P Ramlee. Nasib tragis ini bisa berlaku pada kita jika kerajaan dan Melayu Islam tidak berubah segera.
Ku Li mungkin tidak kesempatan jadi perdana menteri tetapi dia tercatat pemegang rekod MP terlama berkhidmat continuously without any break.
Dan nampaknya kata Speaking he would go on and on and on. Kalau pun Kit Siang tidak dapat jawatan yang diidaminya, timbalan perdana menteri dan menteri dalam negeri kepada Anwar Ibrahim dia seperti Ku Li MP lama berkhidmat dan nampaknya will go on and on from one state to another.
Saya kini sedang membaca buku terbaharu tentang Anwar. Tajuknya ANWAR IBRAHIM Evolution Of A Muslim Democrat... and Prime minister -in- waiting oleh Charles Allers, penerbitan Monsoon 2014.
Kononnya ramai manusia- dalam dan luar negara- mahu sangat Anwar menggantikan Najib sebelum atau selepas PRU14. Baca buku ini yang berharga RM49.90 mempunyai 335 muka surat. Sama dengan harga sepinggan nasi lemak dan secawan kopi/ teh di hotel 5 bintang atau di restoran butik.
Kenapa di sana-sini nampaknya ramai rakyat semua bangsa, Cina terutamanya, amat benci kepada kerajaan sekarang? Saya tanya beberapa Tan Sri Cina dalam perayaan Tahun Baru Cina sebuah think tank kenapa mereka benci kerajaan- anda sudah kaya dan Tan Sri pula?
Jawab mereka dalam berbagai idiom tapi maksudnya sama sahaja: "because of crushed hopes”- kurang lebih kerana harapan mereka kepada Najib hancur berderai.
Maknanya selepas dapat betis mahu paha pula.
Beberapa Tan Sri Melayu merumuskan, “Melayu Islam dan Peribumi benci kepada kerajaan kerana terlampau sangat bertolak ansur- kera di hutan disusu dan anak di atas riba letih kelaparan dan dahaga.” Seorang dua tetamu India senyum, geleng kepala sambil bermadah "Right, right. That’s correct”.
Diplomat asing kelihatan tercengang, senyum dan ketawa di antara mereka.
Ringkasannya selagi perkauman, bahasa, agama dan pembahagian kekayaan negara dan ekonomi dan jurang perbezaan pendapatan di antara kaum terus menjadi isu besar dalam politik dan selagi kontrak sosial dikecam selama itulah polarisasi di antara kaum terus wujud dan keharmonian sebenar tidak akan terjalin.
Dulu mereka menerima kontrak sosial kerana Umno dan kerajaan kuat walaupun Pas pembangkang. Situasi telah bertukar, Umno tidak lagi kuat dan seperti ditegaskan oleh Jocelin Tan dalam komentarnya dalam The Star minggu lepas Umno is not going to Sarawak because it is busy fighting for its survival in Peninsular Malaysia. How true. Pas kini anggota ketiga dalam troika pembangkang.
Berbalik kepada buku Anwar Ibrahim. Buku ini mengisahkan bekas aktivis pelajar dan Islam menjadi elitist, insider dan pemimpin kedua dalam kerajaan konservatif ke penjara; kini seorang outsider dan ketua pembangkang menunggu tanpa sabar lagi untuk menduduki Sri Perdana yang dibina semasa dia anggota kerajaan, kalau boleh sebelum PRU14 atau selewat-lewat selepasnya.
Apa pun politikus dan pemimpin Umno harus membacanya. Know thy enemy. Tidak rugi membaca walaupun begitu kita harus berwaspada tatkala membaca sebuah biografi seperti kata Mark Twain, “Biographies are but the clothes and buttons of the man- the biography of the man himself cannot be written”. Maknanya sebuah biografi hanya pakaian dan butang seluar dan baju seseorang; cerita sebenar orang itu tidak bisa ditulis.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan