Selasa, 18 Februari 2014

'Surat letak jawatan untuk MB mengarut'

MALAYSIAKINI





Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution menolak dakwaan bahawa kepimpinan parti meminta Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim untuk menandatangani surat peletakan jawatannya sebagai ketua eksekutif.


“Karut, ini semua karut. Maklumat ini tidak terbit dari sumber yang berautoriti,” katanya dalam sidang media di Kajang hari ini.

The Star melaporkan dakwaan bahawa Khalid diminta menandatangani surat peletakan jawatan yang tarikhnya di kedepankan bagi membuka jalan kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil alih jika menang dalam pilihan raya Kajang.

“Walaupun akhbar mendakwa mendapat maklumat daripada sumber peringkat tertinggi, saya ulang sekali lagi, ini semua karut.

“Sumber berautoriti patut datang daripada presiden parti, timbalan presiden, naib presiden dan setiausaha agung (saya), atau pihak lain dalam majlis pimpinan pusat,” katanya.

Tiada ulasan: