MALAYSIAKINI
Calon PKR dalam pilihan raya kecil DUN
Kajang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan mengimarah masjid
antara agenda beliau sekiranya memenangi pilihan raya kecil itu pada 23
Mac depan.
Ketua Umum PKR itu berkata demikian dalam ucapan ketika sesi "Sembang Petang Bersama Anwar Ibrahim" di kediaman ADUN Penanti, Norlela Ariffin di Sungai Kantan Kajang petang ini.
"Kalau saya di Kajang ni, saya orang Islam, saya mahu masjid diimarahkan, saya nak mengembangkan agama Islam," katanya.
Katanya, tindakan itu jelas kerana majoriti penduduk Kajang berbangsa Melayu dan beragama Islam iaitu seramai 48 peratus, manakala 41 peratus kaum Cina dan selebihnya orang India.
Beliau berkata demikian juga sebagai respon terhadap beberapa kritikan yang diterima selepas menyampaikan ceramah di Dewan Gereja Holy Family, Jalan Gereja, Kajang semalam.
Antara kritikan terhadap adalah dalam akaun facebook pro-Umno yang meletakkan gambar beliau berdekatan dengan salib.

Tiada ulasan:
Catat Ulasan