Isnin, 10 Februari 2014

Selangor lebih cemerlang dengan kemenangan Anwar – Cikgu Lee

KEADILAN DAILY

n25_kajang
KAJANG : Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri Kajang, Lee Kim Sin berkata, kemenangan Anwar dalam pilihan raya kecil (PRK) Kajang akan membawa Selangor lebih cemerlang dan menjadi negeri contoh terbaik di Malaysia.

“Saya yakin Anwar akan bawa prubahan besar di kawasan ini dan Selangor,” katanya semasa berucap di Majlis Hi-tea bersama Anwar di Taman Delima semalam.

“Perubahan yang saya maksudkan bukan hanya pucuk pimpinan tetapi juga dari segi dasar kerana Anwar merupakan tokoh yang terbilang.

“Kita nampak masa depan Selangor akan berlainan. Kita akan cipta satu model dan satu tauladan untuk tunjuk kepada rakyat untuk rakyat banding antara dasar PR dan Umno BN. Saya percaya berdasarkan pencapaian Selangor, rakyat akan nampak dengan lebih jelas perbezaan itu,” katanya.

Lee Kim Sin atau lebih mesra dipanggil Cikgu Lee merupakan penyandang kerusi Dun Kajang sejak 2008, setelah menewaskan penyandang sebelum itu, Datin Paduka Low Lee Leng dari MCA yang kemudiannya diganti oleh Lee Chin Cheh pada PRU ke13.

Justeru katanya, usaha perlu ditingkatkan kerana berdasarkan pilihan raya lalu, Pakatan Rakyat berdepan masalah kekurangan jumlah undi Melayu di Kajang.

Oleh itu, beliau menyeru agar penduduk sama-sama turut serta dalam kempen itu untuk menjelajah dari rumah ke rumah dan berjumpa dengan setiap penduduk seperti dilakukan dalam kempen-kempen sebelum ini.

“Berdasarkan pengalaman lepas, kita ada kekurangan undi di kawasan ini dan kawasan Melayu.

“Jadi, saya akan turun bersama-sama untuk bekerja, kita akan jelajah dari rumah ke rumah, pergi ke masjid dan surau-surau.

“Jika perlu duduk bercangkung di warung, kita akan lakukan untuk bersama-sama dalam kempen ini,” katanya mengundang tawa hadirin

“Kita akan pastikan calon kita menang dengan lebih banyak dan lebih cemerlang,” katanya disambut tepukan hadirin.

Tiada ulasan: