Isnin, 10 Februari 2014

Orang Kajang mesti tolak politik samseng – Anwar

KEADILAN DAILY

DSAI_CNY_NEC
Anwar menggaul ‘yee sang’ bersama pemimpin kEADILAN dan warga Kolej New Era


KAJANG : Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyeru pengundi di DUN Kajang untuk menolak politik samseng dan bersifat kebencian.

Anwar menegaskan, pencanggahan pendapat tidak akan dapat diselesaikan dengan provokasi dan ugutan politik

“Negara ini ada undang-undang. Jangan sombong. Kalau pemimpin tidak hormat rakyat, macam mana rakyat nak hormat pemimpin?

“Apa yang dilakukan sesetengah orang Islam tidak mewakili pandangan keseluruhan orang Islam di negara ini. Saya harap masyarakat Cina faham perkara ini.

“Saya orang Islam. Orang Islam mesti menjamin keadilan untuk semua, mesti lakukan (tindakan) yang adil kepada semua,” kata Anwar.

Beliau berkata demikian ketika berucap di hadapan kira-kira 2,000 hadirin di majlis sambutan Tahun Baru Cina di Kolej New Era Kajang, hari ini.

Turut hadir Naib Presiden KEADILAN, Tian Chua, ahli parlimen Selayang, Willis, Leong , ahli parlimen Wangsa Maju, Dr tan Kwee Kwong dan dan Pengerusi Kolej New Era Dr Yap Sin Tian.

Anwar turut memetik pandangan ahli falsafah Cina Kung Fu Tze (Confucius) mengenai konsep ‘principle of reciprocity’ atau memberi dan menerima.

“Ketua kena hormat rakyat, barulah rakyat hormat ketua,” kata Anwar disambut tepukan gemuruh hadirin.

“Kalau ada percanggahan pendapat, kita boleh selesaikan dengan baik, bukannya mengugut dan bawa permusuhan antara kaum.

“Saya seru masyarakat ntuk kerja bersama-sama. Tunjukkan masa depan Malaysia yang lebih baik,” kata Anwar

Tiada ulasan: