Rabu, 5 Februari 2014

PRK Kajang: Nallakaruppan Tawar Diri Lawan Anwar

 
Hafiz Roslan 
 
 
KUALA LUMPUR  - [KEMASKINI] Bekas rakan karib Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk S.Nallakaruppan menawarkan diri untuk bertanding di Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Kajang menentang Ketua Pembangkang itu.
 
Presiden Parti India Bersatu Malaysia (MIUP) berkata, hasratnya untuk menjadi calon di kawasan DUN tersebut kerana segala rahsia Ketua Umum PKR itu masih lagi berada dalam simpanannya.
 
"Saya adalah calon paling sesuai untuk lawan Anwar Ibrahim sebab semua rahsia hitam peribadi dia ada dalam poket saya.
 
"Saya ingin berkogsi cerita dengan pengundi Kajang mengenai perihal dan kelakuan Anwar Ibrahim yang sebenarnya dalam PRK nanti." katanya pada sidang media di Ibu pejabat Parti India Bersatu Malaysia (MIUP) di sini hari
ini.
 
rakyatnews_Nalla_MIC
 
Jelas Nalla, beliau sanggup melepaskan jawatan sebagai Senator semata-mata untuk bertanding pada PRK Kajang dan mencabar  Anwar Ibrahim untuk melepaskan jawatannya sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh.
 
"Saya bersedia untuk meletakkan jawatan sebagai senator untuk bertanding di Dun Kajang satu lawan satu dengan Anwar Ibrahim.
 
"Saya juga mencabar beliau untuk meletakkan jawatannya sebagai Ahli Parlimen Permatang Pauh." ujarnya.
 
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dijangka akan mengumumkan tarikh penamaan calon dan hari mengundi bagi PRK DUN Kajang esok.
 
Sebelum ini, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim mengesahkan bahawa Anwar akan bertanding di kerusi tersebut sejurus Lee Chin Cheh meletak jawatan sebagai wakil  rakyat dalam kawasan itu.

Tiada ulasan: